Oleh pada 04 Jun 2018 kategori

Disebabkan kerajaan Pakatan Harapan menubuhkan Tabung Harapan Malaysia (THM) bagi membantu masalah hutang negara, ramai orang awam yang membantu dan tak kurang juga yang mengutuk.

Namun, ada segelintir yang meragui kesahihan wang tersebut akan digunakan ke arah yang betul dengan mempersoalkan mengapa akaun tersebut dibuka dengan Maybank, dan bukan Bank Negara Malaysia?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bolehkah kita membuka akaun dengan Bank Negara Malaysia? Dan, tahukah anda apakah fungsi sebenar Bank Negara Malaysia?

apakah sebenarnyaa fungsi bank negara malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) adalah badan berkanun yang dikawal oleh Akta Bank Negara Malaysia 2008. Antara objektif-objektif Bank Negara Malaysia seperti yang digariskan di dalam Akta BNM adalah seperti berikut: 

  1. Menggalakkan kestabilan monetari negara
  2. Sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada Kerajaan
  3. Menerbitkan mata wang dan menyimpan rizab bagi menjaga nilai mata wang tersebut
  4. Mempengaruhi kedudukan kedit bagi kepentingan negara

apakah sebenarnyaa fungsi bank negara malaysia 2

Dengan kata mudah, Bank Negara Malaysia berfungsi sebagai :

  1. Mengawal dan mengeluarkan mata wang negara - Wang kertas dan syiling, kawal kiriman wang ke luar negara
  2. Sebagai jurubank kerajaan - Sediakan khidmat kewangan kepada kerajaan, sebagai penasihat pelaburan kerajaan, jual bil perbendaharaan / surat jaminan kerajaan
  3. Sebagai jurubank bank perdagangan - Sumber pinjaman terakhir
  4. Melaksanakan dasar kewangan kerajaan - Awasi tahap kredit, tetapkan nisbah rizab berkanun / aset mudah tunai
  5. Mengawal pengiriman wang ke luar negara
  6. Menyediakan tempat penjelasan cek  

Apa itu kestabilan monetari?

apakah sebenarnya fungsi bank negara malaysia 3

Kestabilan monetari bermaksud kestabilan nilai mata wang Malaysia iaitu ringgit. Nilai ringgit perlu dilindungi dan cara terbaik adalah mengekalkan kestabilan harga, iaitu dengan menentukan inflasi di Malaysia supaya terus berada di tahap paling rendah.

Perubahan dasar monetari yang bersesuaian membantu Bank Negara Malaysia memastikan inflasi kekal pada paras rendah serta kuasa membeli ringgi tidak susut.

Mengapa kestabilan monetari begitu penting? 

apakah sebenarnya fungsi bank negara malaysia 4 430

Jika ketidakstabilan monetari berlaku, harga barang akan meningkat (inflasi) atau jatuh (deflasi). Ini akan memberikan gangguan dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara bagi jangka masa panjang.

Jika inflasi tinggi, orang awam akan cenderung melindungi kuasa membeli mereka sekaligus menyebabkan permintaan untuk aset tetap seperti rumah dan hartanah yang dianggap sebagai "kalis inflasi", akan melonjak.

apakah sebenarnya fungsi bank negara malaysia 5

Situasi ini membuatkan orang ramai tidak lagi minat untuk melabur dalam kapasiti produktif ekonomi.

Pada masa yang sama, penabungan oleh penabung dalam sistem kewangan negara semakin berkurangan kerana takut nilai tabungan mereka akan susut.

Malah, mereka yang berpendapatan tetap berasa tidak lagi mampu membeli barangan dan perkhidmatan seperti dahulu, menyebabkan taraf kehidupan merudum.

Kadar inflasi tinggi juga akan membuatkan barangan eksport negara menjadi mahal kepada orang asing, sekaligus mengurangkan daya saing eksport negara.

Peranan pembangunan Bank Negara Malaysia

apakah sebenarnya fungsi bank negara malaysia 7

Sebagai sebuah bank pusat Bank Negara Malaysia mempunyai peranan pembangunan yang penting menyumbang kepada kekuatan asas ekonomi.

BNM mengendalikan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat, membolehkan pihak bank membuat keputusan bermaklumat ke atas permohonan pinjaman bagi mewujudkan budaya kredit yang baik.

Di peringkat institusi, BNM menubuhkan institusi khas bagi memenuhi jurang sistem kewangan, termasuklah:

  1. Syarikat Jaminan Kredit
  2. Bank Simpanan Nasional - untuk memenuhi keperluan peminjam kecil
  3. Bank Industri dan Teknologi Malaysia Berhad - bagi menyediakan pembiayaan untuk eksport barangan modal dan pembangunan industri perkapalan

apakah sebenarnya fungsi bank negara malaysia 6

BNM menggalakkan sekumpulan broker sehinggalah menjadi Bursa Saham Kebangsaan Malaya dan kemudiannya Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) dalam usaha membangunkan pasaran modal.

Apakah itu bank perdagangan?

apakah sebenarnya fungsi bank negara malaysia 8

Bank perdagangan dimiliki oleh pihak swasta yang menyediakan pelbagai perkhimatan kepada orang ramai untuk mengaut keuntungan.

Antara contoh-contoh termasuklah CIMB Bank, Maybank, RHB Bank dan macam-macam lagi.

Bank perdagangan ditubuhkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989. Terdapat dua jenis bank perdagangan iaitu bank perdagangan milikan perdagangan dan bank perdagangan milikan asing.

apakah sebenarnya fungsi bank negara malaysia 9

Fungsi utama bank perdagangan ialah:

  1. Menerima simpanan dari pelanggan
  2. Memberi pinjaman kepada pelanggan
  3. Menyediakan kemudahan pembayaran melalui cek.
  4. Menyediakan perkhimatan pertukaran wang asing.
  5. Memberi kemudahan pengiriman wang seperti cek kembara

Jadi, apakah beza Bank Negara Malaysia dan bank perdagangan? 

Perbezaan antara kedua-dua entiti ini adalah Bank Negara Malaysia berkhidmat untuk kerajaan Malaysia dan menjadi jurubank bank perdangan, manakala bank perdagangan memberikan perkhidmatan kepada orang awam dan perniagaan.

BNM hanya memberikan pinjaman kepada bank perdangangan, dan bank perdagangan memberikan pinjaman kepada pelanggan / orang awam.

Rujukan:

1. Bank Negara Malaysia

2. Insurance Info

3. Scribd

4. KL Library

5. Members




Hakcipta iluminasi.com (2017)