lanun kapten samuel bellamy whydah

Black Sam Bellamy mungkin nama yang cukup menggerunkan bagi seorang lanun. Walaupun, lelaki bernama Samuel Bellamy ini langsung tidak mempunyai reputasi sebagai kapten yang kejam dan ganas. Sebaliknya, dia dikatakan bersikap adil terhadap orang-orang tawanannya dan murah hati terhadap anak buahnya.

Sebaliknya, nama panggilan tersebut berasal dari rambutnya yang berwarna hitam likat kerana dia tidak gemar memakai rambut palsu seperti kebiasaan kapten lanun yang lain. Walaupun dia dikatakan lemah lembut dan adil, Sam Bellamy masih mengumpulkan banyak kekayaan dengan merompak kapal lain. Dari 1716 hingga 1717, dia dan anak buahnya mengumpul lebih dari $140 juta harta.

Tetapi mereka kehilangan semuanya termasuk nyawa mereka dalam bangkai kapal yang karam di luar pesisir pantai Massachusetts. Dan walaupun dia sejak dari mudanya tidak ingin menjadi seorang lanun, Samuel "Black Sam" Bellamy telah tertulis dalam sejarah sebagai salah satu lanun yang paling terkenal dan kaya dalam sejarah.

Dan hari ini, ahli arkeologi bawah laut masih mencari semua emas, perak dan permata yang ditinggalkan kapalnya yang terkubur di dasar laut.

Bagaimana Samuel Bellamy Menjadi Lanun

logo lanun

Dilahirkan sekitar 1689 di barat England, Samuel Bellamy sudah pergi bekerja ke laut pada usia muda. Ibunya mati ketika usianya masih muda dan keluarganya hidup dalam kemiskinan. Menjelang tahun 1702, Samuel Bellamy telah bekerja sebagai anak kapal, menyediakan layanan minimum untuk kapal angkatan laut.

Pada usia 17 tahun pada tahun 1706, dia sudah menjadi pelaut yang mahir. Dan pada tahun 1714 atau 1715, dia telah berpeluang ke Amerika Syarikat. Menurut sejarah tempatan, dia menetap di Cape Cod, Massachusetts dan menjalin hubungan dengan seorang wanita muda bernama Maria Hallett.

Keluarga teman wanitanya itu walau bagaimanapun tidak setuju anak mereka berkahwin dengan Samuel Bellamy yang hanyalah seorang pelaut muda yang miskin ketika itu. Oleh itu, Samuel Bellamy meninggalkan gadis tersebut dan mula bertekad untuk menngumpul kekayaan.

Tetapi dalam perjalanan mengumpul kekayaan, dia mengambil jalan lain. Kerana gagal mencari harta karun di kapal karam Sepanyol di Hindia Barat, Samuel Bellamy mengambil keputusan untuk menjadi seperti mereka, dengan kata lain, dia mahu meninggalkan kehidupannya ketika itu untuk menjadi lanun.

samuel bellamy

Bellamy menyertai kru kapten kapal swasta terkenal Benjamin Hornigold di kapal Mary Anne. Di sana, dia berpeluang berkenalan dengan rakan Hornigold, Edward Teach yang kemudian membina reputasi sebagai seorang lanun hebat bermata satu yang dikenali sebagai "Blackbear".

Dan ketika di atas kapal Mary Anne inilah berlakunya peralihan Samuel Bellamy dari seorang kelasi kapal swasta yang sah menjadi seorang lanun di lautan. Kru kapal telah bersuara apabila Hornigold mengatakan bahawa dia ingin berhenti menyerang kapal-kapal Inggeris.

Samuel Bellamy lantang bersuara dan memberi pilihan kepada para kru: pulang dengan hutang atau menaikkan bendera hitam dan menjadi lanun. Hampir sebulat suara, mereka memilih untuk menjadikan Samuel Bellamy sebagai kapten dan mengibarkan bendera hitam yang telah dijahit dengan simbol tengkorak dan tulang bersilang.

“Robin Hood” di lautan 

kapten samuel bellamy lanun paling kaya

Sebagai kapten lanun, Samuel Bellamy tidak lagi mengamalkan budaya dan fesyen pakaian yang biasanya dipakai seorang lanun. Dia memakai kot panjang, celana lutut, stoking sutera dan kasut but. "Black Sam" Bellamy juga tidak pernah memakai rambut palsu. Sebaliknya, dia terkenal dengan rambut hitamnya yange panjang dan mengikatnya dengan busur satin.

Dia bukan sahaja gagah, tetapi juga demokratik. Dia melayan semua orang di bawah kuasanya secara adil termasukk satu pertiga anak buahnya yang berkulit hitan yang sebelum itu merupakan golongan hamba. Sebagai balasannya, krunya sangat setia padanya. Mereka memanggilnya "Robin Hood" kerana dia akan berkongsi segala harta yang dirampas dengan kesemua kru-kru kapalnya.

Dia dan anak buahnya memperoleh kekayaan luar biasa pada akhir Februari 1717 apabila mereka berjaya menangkap kapal Whydah yang digunakan untuk menghantar golongan hamba. Setelah menjual kargo manusia di Jamaica, kapal itu dilaporkan membawa pulang dan menyimpan lebih dari empat setengah tan emas dan perak.

Selama kira-kira satu tahun, Samuel Bellamy dan krunya berlayar di sekitar Caribbean dan Atlantik. Mereka berjaya menangkap lebih dari 50 kapal dan mengumpulkan kekayaan dianggarkan lebih dari $140 juta, menjadikan dia dan anak buahnya sebagai lanun terkaya dalam sejarah.

Tragedi dan kematian Samuel Bellamy 

kapal whydah karam

Tetapi pada bulan April 1717, Samuel Bellamy memutuskan untuk kembali ke Cape Cod. Dia mungkin berharap dapat membuktikan dirinya kepada keluarga teman wanitanya bahawa dia sudahpun kaya.

Malangnya, cita-cita tersebut tidak kesampaianya. Ketika kapalnya berlayar menuju Cape Cod, ribut dahsyat tiba-tiba melanda pantai Massachusetts. Dan pada 26 April 1717, kapal Whydah yang perkasa itu akhirnya karam ke dalam laut, membawa bersama Samuel Bellamy, krunya dan segala hartanya. 

Semua kecuali dua lelaki tenggelam bersama bangkai kapal. Selama bertahun-tahun, bangkai kapal itu tetap tidak tersentuh di bawah ombak. Hanya pada tahun 1984 seorang penjelajah bawah laut Barry Clifford menemui bangkai Whydah di luar pesisir pantai Wellfleet, Massachusetts.

Hingga hari ini, penemuan itu masih merupakan satu-satunya kapal karam lanun yang pernah ditemui dari zaman keemasan lanun satu ketika dahulu.

Kredit:

  1. Ancient Origin
  2. History Hustle
  3. Daily Mail


Hakcipta iluminasi.com (2017)