Alpukat telah menjadi salah satu makanan paling trend di dunia dan "superfood" ini kini menjadi pilihan utama bagi peminat makanan di seluruh dunia.

Namun sedarkah anda buah ini menjadi semakin mahal saban hari.

Harga alpukat telah melonjak dalam tahun-tahun kebelakangan ini sehingga 129%, dengan harga purata alpukat Hass mencecah RM10 pada tahun 2019, hampir dua kali ganda berbanding tahun lepas.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Di Malaysia, buah ini dijual dengan harga sebiji RM5 di kebanyakan pasar raya. Jadi, mengapa buah alpukat tersangat mahal? 

Menurut sejarah, ahli arkeologi di Peru telah menemui benih alpukat tertanam bersama-sama mumia Incan sejak tahun 750 SM. Tetapi buah ini dinamakan orang Aztec pada tahun 500 SM sebagai āhuacatl, yang diterjemahkan menjadi "buah zakar".

Ketika para penakluk Spanyol menjajah Mexico dan Amerika Tengah pada abad ke-16, mereka mengubah namanya kepada "aguakat".

Pertanian aguakat berkembang dalam beberapa ratus tahun kemudian, kebanyakannya di Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

mengapa buah alpukat sangat mahal 5

Namun, pemakanan buah alpukat di luar wilayah-wilayah ini hampir tidak berlaku sebelum hujung abad ke-19.

Pengkomersialan aguakat bermula pada awal 1900-an tetapi difokuskan pada penjenamaan alpukat sebagai makanan istimewa untuk orang kaya, seperti iklan ini di The New Yorker dari tahun 1920 yang mengisytiharkan buah ini sebagai "Salad buah aristokrat".

Namun, sekumpulan penanam di California menyedari bahawa nama aguakat yang sukar untuk disebut itu telah mengganggu pemasaran dan penjualan dalam pasaran, jadi mereka membentuk Persatuan Alpukat California.

Pada tahun 1950-an, skala pengeluaran meningkat dan harga alpukat jatuh kepada kira-kira USD0.25 (RM1) setiap satu. 

Popularitinya semakin meningkat dengan gelombang imigresen antara Amerika pada tahun 1960-an, disebabkan orang Amerika Latin membawa rasa cinta mereka terhadap alpukat ke Amerika Syarikat.

Tetapi apabila permintaan meningkat, bekalan perlu dtingkatkan dan kesulitan sebenar menghasilkan tanaman alpukat berskala besar mula terlihat.

mengapa buah alpukat sangat mahal 167

Kebun-kebun alpukat memerlukan sumber dengan kos tinggi yang sangat banyak untuk berkembang pesat.

Terdapat banyak perkara yang diperlukan alpukat termasuklah air, baja, pemangkasan (pruning), kawalan serangga perosak dan perlindungan matahari.

Semua ini akan meningkatkan peluang mendapatkan hasil yang baik. Apabila seseorang itu memutuskan untuk menanam alpukat, ia akan ditanam dengan menggunakan pokok yang datang daripada nurseri yang diperakui.

Pokok-pokok ini harus dipesan beberapa tahun lebih awal. Selain itu, pokok-pokok ini memerlukan air yang sangat banyak dan apa yang menyukarkan proses ini adalah hujan yang tidak menentu akan memberikan kesan buruk kepada tanaman.

Lonjakan populariti alpukat terhenti semasa kegilaan memerangi lemak pada tahun 1980-an, dengan purata hanya 450 gram per kapita yang dimakan di Amerika pada tahun 1989.

tanaman alpukat menelan kos sangat tinggi 209

Obsesi terhadap lemak rendah pada dekad ini menyebabkan pengguna menjauhi alpukat kerana ia mengandungi lemak yang tinggi, tanpa benar-benar memahami kebenaran nutrisi yang tersembunyi di dalamnya.

Apabila melibatkan makanan, kita biasanya lebih mengambil berat kerana kita biasa dengar di media bahawa lemak adalah tidak baik untuk kita.

Tetapi jenis lemak yang terkandung dalam alpukat adalah lemak monotaktepu yang mana jenis lemak yang bagus. Jadi walaupun buah ini sangat berlemak, ia sebenarnya mengandungi lemak baik.

Alpukat mula diterima semula ketika penghujung abad ke-20 dan ia telah dibantu oleh keputusan politik yang tak disangka-sangka. 

Pada tahun 2005, Jabatan Pertanian AS menarik balik larangan berusia 90 tahun bagi membenarkan pengimportan alpukat Mexico ke semua 50 negeri di negara itu.

Pada mulanya, keputusan ini menimbulkan kemarahan penanam California yang takut akan langkah itu dapat mengurangkan jualan penanam tempatan sebanyak 20%.

mengapa buah alpukat sangat mahal 2 32

Apa yang sebenarnya yang berlaku adalah apabila bekalan Mexico menjadi lebih luas dan tersedia, peruncit meneraju pemasaran dan menjual alpukat manakala penyedia perkhidmatan makanan dan restoran-restoran mula memasukkannya sebagai bahagian tetap dalam menu mereka.

Ini membuatkan permintaan mula berkembang kerana rantaian bekalan yang tidak konsisten sebelum kini menjadi konsisten, dan pengguna boleh menikmati alpukat setiap hari sepanjang tahun.

Hari yang paling besar bagi buah ini adalah ketika Super Bowl Sunday, di mana kini dianggarkan lebih daripada 90 juta kilogram alpukat dimakan ketika ia berlangsung di Amerika Syarikat.

Tetapi jika anda mengambil kira sumber-sumber yang diperlukan untuk menghasilkan alpukat sebanyak itu, anda mungkin boleh memahami mengapa harga buah ini melonjak begitu tinggi.

Menurut pakar, air yang diperlukan oleh buah untuk terhasil ini adalah kira-kira 270 liter bagi setiap 450 gram.

Oleh itu, 90 juta kilogram alpukat memerlukan sebanyak 54 bilion liter air, yang bermaksud kemarau atau gelombang haba boleh memberikan kesan buruk terhadap industri alpukat.

Malah, inilah yang sedang berlaku di California untuk tempoh 7 tahun yang lalu di mana "Negeri Cahaya Matahari" ini baru sahaja diisytiharkan bebas kemarau pada tahun 2019.

mengapa buah alpukat sangat mahal 6

Ini menjelaskan peningkatan harga alpukat sejak kebelakangan ini.

Di sesetengah negara seperti Chile, penanaman alpukat dipersalahkan kerana memburukkan lagi kemarau, kerana kebun-kebun hijau yang subur ini membuatkan tebing sungai menjadi kering.

Dan peningkatan dominasi alpukat terbesar mungkin disebabkan oleh kemunculan gaya pemakanan yang lebih bersih dan sihat. yang bersih.

Tidak lagi menjadi snek bagi majlis-majlis khas, buah hebat ini kini boleh ditemui di kafe atau restoran di mana-mana di seluruh dunia.

Dan mereka yang memakan makanan ini sangat berminat untuk memberitahu anda tentangnya. Dengan hanya menaip #avocado di Instagram, anda akan dapat melihat lebih daripada 10 juta hasil carian.

Tetapi adakah pengagungan alpukat ini adalah sesuatu yang wajar?

mengapa buah alpukat sangat mahal 7

Tidak banyak makanan yang menyerupai buah ini dari segi profil nutrisi. Namun untuk memanggilnya sebagai superfood, mungkin tidak ke tahap itu.

Alpukas sangat baik untuk dimasukkan dalam pemakanan anda, tetapi anda tidak terlepas apa-apa jika tidak memakannya. Untuk lemak monotaktepu, anda boleh dapatkannya dari produk seperti minyak zaitun dan buah zaitun dan kekacang.

Vitamin dan mineral yang terkandung dalam alpukat boleh didapati daripada sayur-sayuran hijau yang lain seperti bayam dan broccoli.

Jadi, terdapat banyak cara untuk mendapatkan nutrien-nutrien ini tanpa memakan alpukat.

Dengan harga yang tersangat tinggi, komoditi alpukat telah menarik minat pencuri buah ini dari kebun dan juga trak penghantaran di seluruh dunia. 

Di New Zealand, pasukan patrol waktu malam yang bersenjata dan pagar elektrik dipasangkan di kebun-kebun selepas penanam di Northland mengalami kecurian 70% daripada tanaman alpukatnya.

Di Michoacán, di mana 80% dari alpukat Mexico datang, kartel-kartel menjalankan perdagangan "alpukat darah", yang mana kekerasan menguatkan yuran pemerasan dari petani berdasarkan saiz tanah mereka dan berat tanaman mereka.

Beberapa restoran telah mula memboikot alpukat kerana berasakan telah bersubahat dalam masalah etika di sebalik penjualan buah ini. 

Rujukan:

1. Business Insider

2. USA Today

3. Mengapa Buah Alpukat Tersangat Mahal?




Hakcipta iluminasi.com (2017)