7 ikan paling cantik di dunia

Sehingga tahun 2018, terdapat di antara 34,000 spesis ikan yang dikenali. Walaupun ia dilihatkan sebagai satu angka yang banyak, namun untuk satu-satu spesis ikan itu, ia mempunyai berpuluh hingga beratus baka atau jenis.

Dan umum sedia tahu bahawa ikan adalah antara makhluk yang paling cantik di dunia. Namun, disebabkan sebahagian besarnya tinggal di laut yang sangat dalam, banyak spesis ikan yang cantik dan menarik tidak diketahui.

Pusat akuarium menjadi tempat manusia melihat spesis yang jarang dilihat dan kali ini iluminasi.com ingin kongsikan 7 spesis ikan yang paling cantik di dunia.

7. Blueface Angel

ikan blueface angel antara ikan paling cantik di dunia 311

Ikan Blueface Angelf yang juga dikenali sebagai "angelfish yellowfish" ini mempunyai warna pada muka yang sangat luar biasa. Ia boleh membesar sehingga panjang kira-kira 38 sentimeter.

Bentuk ikan ini seolah-olah "termampat" dan kelihatan nipih dari pandangan hadapan. Ia biasanya tinggal di kawasan terumbu karang dan terdapat banyak di bahagian Indo-Pasifik.

Ikan Blueface Angel tidak termasuk dalam senarai spesis terancam. Corak di antara ikan dewasa dan ikan muda adalah sangat berbeza.

Ia terdiri daripada 6 jalur putih berselang seli pada badan dengan garis luar berwarna biru.

6. Banggai Cardinal

ikan banggai cardinal antara ikan paling cantik di dunia 203

Seperti yang tertera pada namanya, ikan Banggai Cardinal adalah sinonim dengan Pulau Banggai di Indonesia. Corak warna dan sirip belakangnya memudahkan ia dibezakan daripada jenis ikan dalam spesis yang sama.

Beza antara ikan jantan dan betina terletak pada rongga mulut ikan ini dan ia biasanya boleh membesar sehingga 8 atau 9 sentimeter panjang.

Ikan ini termasuk dalam senarai spesis terancam dan beransur-ansur pupus. Jika anda bernasib baik tertangkap ikan ini, adalah dinasihatkan supaya melepaskannya kembali ke habitat semulajadinya.

5. Rainbow Parrot

ikan rainbow parrot antara ikan paling cantik di dunia 602

Nama ikan ini mempunyai perkataan pelangi, jadi sudah tentu ia mempunyai pelbagai warna. Rainbow Parrot adalah spesis ikan yang agak besar jika dibandingkan dengan ikan dalam senarai ini dan boleh mencecah panjang 1.2 meter.

Ia boleh mencapai berat 9 kilogram dan hidup sehingga tempoh 16 tahun. Habitat utamanya adalah Atlantik Barat dan pedalaman Caribbean.

Bentuk badannya adalah lebar dan panjang dan mempunyai ciri-ciri mulut yang digunakan untuk memakan alga. Tiada perbezaan ketara di antara ikan jantan dan betina.

Seperti Banggai Cardinal, ikan ini juga berada di ambang kepupusan.

4. Trigger

ikan trigger antara ikan paling cantik di dunia 780

Ikan Trigger tergolong dalam keluarga ikan yang dikenali sebagai Balistidae dan biasanya dijumpai di lautan subtropikal. Keluarga Balistidae terdiri daripada kira-kira 40 jenis spesis berbeza.

Ikan menjadikan alga dan plankton sebagai mana serta dianggap sebagai salah satu ikan paling bijak di dunia.

Walaupun ia sangat cantik, namun ikan ini tidak mesra dengan manusia dan agresif luar biasa. Ia mudah marah terutama ikan jantan yang sangat sensitif dengan kawasannya.

Ciri-ciri fizikalnya yang dinamik membuatkan ia sangat menarik di mata manusia. Ia mempunyai kepala yang besar, mata kecil, mulut berbentuk bujur dan biasanya mempunyai panjang di antara 20 hingga 50 sentimeter.

3. Emperor Angel

ikan emperor angel antara ikan paling cantik di dunia 792

Jika anda melihat ikan ini, ia seolah-olah bercahaya disebabkan kombinasi warnanya iaitu biru gelap, putih dan biru elektrik yang sangat menarik perhatian. 

Warna ini tersusun dengan kemas dalam corak bulat yang kekal dan tidak berubah selama 4 tahun sehingga ia mencapai kematangan.

Selepas tempoh itu, ikan Emperer Angel akan memiliki warna hitam di keliling matanya serta jalur biru dan kuning.

2. Betta

ikan karin ikan air tawar paling cantik 408

Kanak-kanak zaman sekarang mungkin tak kenal ikan ini, namun ia adalah haiwan peliharaan yang paling terkenal satu ketika dahulu. Malah, masih terdapat orang dewasa dari generasi dahulu yang masih memelihara ikan ini.

Ikan Betta atau ikan Pelaga ini biasanya lebih dikenali sebagai ikan laga atau ikan karin. 

Ikan Betta bersaiz kecil di bawah 6.5 sentimeter panjang. Di Thailand, ia dikenali sebagai "pla kad" yang bermaksud ikan laga. 

Nama ini mencerminkan kekuatan ikan ini untuk bertempur dengan ikan kecil yang lain. Malah lebih menarik, ia biasanya dilagakan di antara satu sama lain.

Selain dilagakan, ikan karin juga sering dipertandingkan berdasarkan warnanya yang unik dan ekornya yang sangat panjang. Ikan ini dianggap sebagai ikan air tawar paling cantik di dunia.

1. Mandarin

ikan mandarin ikan paling cantik di dunia 845

Tidak dapat dinafikan bahawa ikan Mandarin adalah ikan yang paling cantik di dunia. Ikan ini mempunyai gabungan warna hijau dan biru dengan jalur jingga. 

Ia berasal dari wilayah Indo-Pasifik serta tinggal di kawasan lagun dan batu karang. Ikan mandarin adalah antara ikan akuarium yang paling aktif dan tenang di dunia yang biasanya melakukan pergerakan pantas di dalam air.

Makanan utama ikan ini adalah telur ikan, cacing polychaete dan ostrakod, membuatkannya terkenal sebagai ikan yang sangat sukar untuk dipelihara dalam akuarium kerana pemakanan yang ketat.

Kerana saiznya yang sangat kecil iaitu kira-kira 6.5 sentimeter seperti ikan karin, ia sangat sukar untuk ditemui di laut dalam.

Spesis ikan ini mampu hidup sehingga usia 15 tahun.

Rujukan:

1. Rare Delights

2. Animalli

3. Line and Sight


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)