Oleh pada 21 Aug 2019 kategori

Jika anda sering membaca kisah-kisah sejarah, pasti anda menyedari bahawa terdapat penggunaan singkatan perkataan bagi mewakili tahun bagi memudahkan pembacaan.

Dalam Bahasa Melayu, singkatan-singkatan yang digunakan adalah seperti SM dan M, dan juga terdapat singkatan perkataan yang membawa maksud yang sama iaitu AD atau BC dan CE atau BCE.

Apakah yang dimaksudkan dengan singkatan-singkatan ini dan apakah perbezaan di antaranya?

BESARKAN TEKS     A-  A+

SM, BC dan BCE

perbezaan bce dan bc

SM bermaksud Sebelum Masehi/Masihi yang disebut sebagai BC iaitu "Before Christ" dalam bahasa Inggeris. 

Idea untuk menghitung tahun dari kelahiran Jesus (Isa) mula-mula dicadangkan pada tahun 525 oleh Dionysius Exiguus, seorang rahib Kristian.

Diselaraskan di bawah kalendar Julian dan Gregorian, sistem ini tersebar di seluruh Eropah dan dunia Kristian selama berabad-abad yang berikutnya. 

Sistem kalendar Gregorian mempunyai "garis permulaan" dalam bentuk kelahiran Jesus, atau apa yang dirujuk sebagai tahun pertama.

Itulah sebab mengapa tahun-tahun yang berlaku sebelum kelahiran Jesus dianggap sebagai Sebelum Masihi (SM). 

Dalam kiraan kalendar Sebelum Masihi, ia dikira secara terbalik atau secara negatif. Sebagai contoh, 123 SM adalah lebih awal berbanding 124 SM (Sebelum Masihi). 

Semakin berlalu tahun, semakin rendah kiraan tahun SM hinggalah kepada 1 SM yang sudah menghampiri permulaan tahun Masehi.

Perkataan Masihi yang mana juga terdapat dalam "Sebelum Masihi" membawa maksud mengusap dan membelai, seperti mana perkataan "Al-Masih".

Dalam terjemahan Alkitab, perkataan ini bermaksud 'Mesiah' atau 'Mesias' yang merujuk kepada Jesus.

Itulah sebabnya pada tahun-tahun selepas kelahiran Yesus Kristus (Jesus), perkataan 'AD' digunakan. Dalam bahasa Inggeris, era selepas BC dikenali sebagai AD (Anno Domini), yang bermaksud 'Tahun-tahun Tuhan'.

Secara ringkasnya, sistem AD / BC kemudiannya digunakan dengan merujuk kepada tahun kelahiran Jesus. Peraturannya adalah, penulisan BC mesti didahului oleh nombor, sedangkan AD adalah sebaliknya.

Sebagai contoh, tahun 23 SM dan AD 1945.

M, AD dan CE

perbezaan istilah tahun tarikh

Seperti yang anda mungkin boleh teka, Masehi adalah tahun selepas kelahiran Jesus.

Ia juga dikenali sebagai AD atau Anno Domini dalam bahasa Latin dan juga CE atau Common Era dalam bahasa Inggeris.

Tahun Masihi dikira secara positif bermula dengan 1 M iaitu bermula dari kelahiran Jesus sehingga ke tahun sekarang iaitu 2019 M.

Namun, kita pada hari ini tidak meletakkan singkatan M selepas tahun.

Penggantian AD/BC kepada CE/BCE

perbezaan tahun sebelum masehi masehi anno domini dan common era

Pada tahun-tahun berikutnya. penggunaan sistem AD/BC tidak lagi mendapat tempat.

Salah satu sebabnya adalah penggunaan perkataan Christ dalam BC dan makna ‘Tahun Tuhan’ dari istilah AD. Maksud istilah-istilah ini dirasakan tersangat Kristian sehingga menimbulkan beberapa pertimbangan baru.

Dan dengan itu, muncul lah istilah baru iaitu CE dan BCE. Namun, terdapat beberapa lagi sebab yang menguatkan kumpulan saintis untuk mula meninggalkan sistem AD/BC, termasuklah:

1. AD/BC dianggap tidak konsisten karena AD merupakan istilah bahasa Latin, sedangkan BC adalah bahasa Inggeris.

Gaya penulisan AD dan BC yang tidak seragam juga dianggap mengelirukan. Jika kita harus menulis 23 tahun sebelum Masehi sebagai "23 SM" atau "23 BC", kenapa kita harus menulis tahun 1945 dengan susunan "AD 1945", bukannya "1945 AD"? 

2. Beberapa kajian baru-baru ini membuktikan bahawa kelahiran Jesus bukanlah pada tahun pertama AD tetapi jatuh antara 7 hingga 2 tahun sebelum Masihi (BC).

3. Munculnya pemahaman yang salah tentang maksud AD iaitu "After Death" (Selepas kematian Jesus) dan bukannya Anno Domini.

Kesimpulan

Jadi, untuk memudahkan pemahaman SM, BC dan juga BCE membawa kepada maksud yang sama iaitu tahun sebelum kelahiran Jesus manakala M, AD dan juga CE adalah sama iaitu tahun selepas kelahiran Jesus.

Rujukan:

1. Today I Found Out

2. Druide




Hakcipta iluminasi.com (2017)