beza petrol dan diesel

Kedua-dua petrol dan diesel diperolehi dari minyak mentah yang terperangkap dalam perut Bumi kita.

Kedua-dua jenis bahan bakar ini boleh dijumpai dan digunakan di mana-mana, di mana diesel menguasakan enjin yang lebih besar seperti trak, bot dan kren manakala petrol menguasakan enjin yang lebih kecil seperti kereta dan motosikal.

Pernah tak anda terfikir kenapa perkara ini berlaku? Dan juga, apa yang terdapat dalam diesel yang membuatkannya lebih efisyen dan sesuai untuk untuk gerakan tetap, sedangkan petrol sering menyebabkan pecutan "shoulder-jolting"?

Kedua-duanya mudah ditemui kerana sama penting, dan mempunyai kelebihan serta kekurangan masing-masing. 

Perbezaan antara diesel dan petrol

minyak mentah

Minyak mentah adalah gabungan hidrokarbon yang tidak teratur. Molekul-molekul hidrogen dan karbon ini membentuk sama ada rantaian atau gelang linear panjang yang dipanggil sebatian siklik.

Titik didih rantai atau cincin ini adalah berkadar dengan saiznya. Ini jelas kerana untuk memecahkan rantai molekul yang panjang lebih berat berbanding memecahkan rantai molekul yang pendek.

Kita boleh mengeksploitasi ciri-ciri ini untuk menapis minyak atau memisahkan rantai antara satu sama lain.

Mula-mula sekali, minyak mentah yang diekstrak dicurahkan ke dalam relau gergasi. Relau tersebut kemudiannya dipanaskan.

Pemanasan yang berlaku akan menyuling minyak mentah dan proses ini dipanggil penyulingan fraksional kerana ia menyebabkan minyak mentah berpecah.

Dan secara menegak, kawasan yang berbeza dalam relau ini tertakluk kepada suhu yang berbeza. Suhu yang paling rendah ada pada bahagian kepalanya dan semakin meningkat apabila bergerak ke arah bawah, di mana ia berada pada suhu maksimum.

relau

Seperti yang dimaklumkan, rantaian yang lebih panjang lebih sukar untuk dipecahkan berbanding rantai yang lebih pendek.

Oleh itu, suhu berbeza ditetapkan pada kawasan-kawasan yang berlainan dalam relau ini bagi membolehkan kita untuk mengekstrak rantaian karbon dengan panjang yang berbeza dari minyak mentah.

Proses pembahagian kemudian membolehkan kita untuk mengekstrak pelbagai bahan api dari minyak mentah.

Di bahagian atas relau, rantai atau bahan bakar karbon yang lebih ringan dengan titik didih yang lebih rendah iaitu di antara 40 hingga 205 ℃ diperolehi, seperti LPG dan petrol.

Di bahagian tengah pula, bahan api yang lebih padat dengan titik didih yang lebih tinggi iaitu 250 hingga 350 ℃ diperoleh, seperti diesel.

Dan di bahagian bawah, sebatian padat diperolehi seperti pelincir.

Kini jelas mengapa petrol boleh menyebabkan pecutan "shoulder-jolting", disebabkan ia lebih ringan dan menyala dengan lebih cepat berbanding diesel yang padat.

Walau bagaimanapun, kerana mempunyai ciri yang padat, diesel mengandungi lebih banyak hidrokarbon dan oleh itu mempunyai lebih banyak tenaga per unit isipadu berbanding petrol.

petrol vs diesel

Biasanya, petrol terdiri daripada rantai berulang tidak lebih dari 9 atom karbon, manakala rantai yang membentuk diesel mengandungi sekurang-kurangnya 14 atom karbon.

Diesel tidak dapat meruap dengan cepat seperti petrol, tetapi kerana ia lebih likat dan melekit jadi ia hanya terkandung sebanyak 132 x 106 J dalam setiap galon, manakala petrol sebanyak 155 x 106 J setiap galon.

Akibatnya, kenderaan yang dikuaskan oleh diesel lebih berorientasikan jarak berbanding kenderaan yang didorong oleh petrol.

Bagaimanapun, walaupun sebuah trak tidak dapat menghasilkan RPM yang pantas, namun ia mampu menghasilkan tork yang menakjubkan dan oleh itu menghasilkan kuasa iaitu keupayaan untuk menggerakkan beban yang besar.

Ketidakupayaan kenderaan yang lebih kecil untuk menghasilkan tork sebesar ini disebabkan oleh enjinnya. Operasi enjin diesel berbeza dengan enjin petrol.

Enjin diesel vs enjin petrol

enjin diesel vs enjin petrol 664

Petrol lebih mudah menyala berbanding diesel. Jika anda nyalakan api dan jatuhkan ke dalam tangki petrol, lihat bagaimana ia terbakar serta-merta. Disebabkan ini, enjin petrol menggunakan palam pencucuh.

Dalam enjin petrol, campuran udara dan petrol dimampatkan oleh omboh dan kemudian dinyalakan oleh percikan api.

Bagaimanapun, bahan api diesel tidak begitu mudah terbakar. Dalam enjin diesel, udara dimampatkan terlebih dahulu dan kemudian diesel disuntik.

Udara termampat dibakar dan udara dalam enjin diesel ini dimampatkan dengan begitu kuat sehinggakan bahan api diesel menyala sebaik sahaja ia disuntik.

Pencucuhan yang stabil memerlukan lebih banyak mampatan, yang menghasilkan lebih banyak haba dan menghasilkan keupayaan yang lebih besar untuk melakukan kerja.

Pencucuhan yang stabil mempunyai kelebihan lain iaitu memastikan bahawa bahan api dimanfaatkan.

kenderaan diesel

Jumlah tenaga kimia yang ditukarkan menjadi tenaga mekanikal oleh enjin diesel jauh lebih tinggi berbanding jumlah yang ditukar oleh enjin petrol. Akibatnya, kecekapan enjin diesel jauh lebih besar daripada kecekapan enjin petrol.

Bagaimanapun, untuk menjana dan mengekalkan tork yang kuat, enjin mesti mempunyai kekuatan yang besar.

Oleh itu, enjin diesel adalah lebih kukuh dan lebih berat. Masalahnya, semakin berat sesebuah peralatan, semakin besar getarannya.

Getaran kuat menjadikannya ia mudah untuk mengalami kerosakan. Oleh itu, enjin diesel umumnya memerlukan lebih banyak penyelenggaraan berbanding enjin petrol.

Tambahan pula, disebabkan oleh jisim enjin diesel yang besar, ia sentiasa terjebak dalam kitaran yang ganas. Dengan jisim yang besar, ia mempunyai ketahanan terhadap gerakan atau inersia.

Jadi, enjin diesel mesti mencapai pemampatan yang lebih besar untuk menghasilkan tork yang lebih besar untuk menggerakkannya.

Dan untuk menjana dan mengekalkan tork yang lebih besar ini, ia memerlukan komponen yang lebih berat yang sudah tentu menambahkan jisimnya.

Selain itu, pembakaran diesel menghasilkan asap tebal atau apa yang dipanggil jerebu dan jelaga iaitu zarah-zarah hitam yang dihasilkan oleh pembakaran separa.

Jerebu adalah bahan yang menyebabkan hujan asid, sementara jelaga membahayakan mata dan kulit kita. Lebih menakutkan, ia terbukti boleh menyebabkan kematian jika disedut.

Petrol juga sama berbahaya seperti diesel. Disebabkan menghasilkan karbon dioksida dan karbon monoksida ketika pembakaran berlaku, petrol juga dibenci di seluruh dunia kerana menjadi penyebab utama kepada pemanasan global.

Untuk menghasilkan karbon dioksida dan karbon monoksida apabila dibakar, petrol mengalami kebencian sejagat sebagai punca utama pemanasan global.


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)