Sudah tentu ramai yang mengetahui tentang berita Google telah memutuskan hubungan perniagaan dengan Huawei, satu langkah berani yang mampu mengancam masa depan pembuat telefon pintar itu.

Gergasi teknologi A.S. itu telah memutuskan untuk menghentikan pelesenan sistem pengendalian Androidnya kepada syarikat telekomunikasi China, untuk mematuhi senarai hitam perdagangan A.S..

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walau bagaimanapun, ia tetap boleh menggunakan Android versi sumber terbuka, tetapi tidak dapat mengintegrasikan perkhidmatan Google utama seperti gedung aplikasi Play.

iluminasi.com kongsikan apa kesan kepada pengguna Huawei sedia ada atau mereka yang bercadang untuk membeli telefon pintar keluaran Huawei di masa depan, disebabkan oleh isu ini.

Kesan jangka masa panjang untuk Huawei?

lesen android huawei ditarik balik

Reuters melaporkan bahawa Huawei kini akan kehilangan akses kepada kemas kini Android.

Hal ini adalah sangat penting memandangkan semua telefon Huawei beroperasi menggunakan Android. Sistem pengendalian ini menguasai lebih daripada 80% daripada telefon pintar di dunia.

Malah, telefon baru Huawei juga dilaporkan kehilangan akses ke atas aplikasi hak milik seperti gedung aplikasi Google Play, Gmail dan YouTube.

Tetapi, Google berkata bahawa mereka yang memiliki peranti Huawei sedia ada masih dapat menggunakan aplikasi Google dan memuat turun kemas kini.

Walau bagaimanapun, masalah itu mungkin dalam tempoh lebih panjang. Peter Richardson, pengarah penyelidikan strategi teknologi di Counterpoint Research, memberitahu bahawa Huawei tidak akan mempunyai akses kepada versi Android baru (nama kod Q) yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Pembatalan lesen Android itu bermakna Huawei tidak akan dapat menyediakan perkhidmatan Google teras kepada telefon pintarnya.

Tiada kesan di China

huawei china

Huawei berkata dalam satu kenyataan bahawa ia akan "terus memberikan kemas kini keselamatan" kepada semua telefon yang sedia ada.

Sementara itu, terdapat juga perbincangan mengenai Huawei membangunkan sistem operasi sendiri untuk telefon pintar dan komputer.

Pakar meramalkan bahawa impaknya kemungkinan akan terhad dalam jangka pendek. Ini bermakna bahawa sesiapa yang memiliki telefon pintar Huawei dan Honor boleh berasa selamat ketika ini.

kesan huawei selepas kena ban dengan google android 54

"Peranti semasa Huawei akan terus menyokong perkhidmatan Google dan kemas kini Google," kata Francisco Jeronimo, Naib Presiden Bersekutu untuk peranti Eropah di IDC.

Menurutnya lagi, hal ini akan mencetuskan lebih banyak kesan jangka panjang berbanding jangka pendek.

Akan tetapi, cerita agak berlainan di China. Pengguna di China mempunyai akses kepada versi sistem operasi yang lebih terhad, yang mana peranti mereka tidak dipasang dengan perkhidmatan Google yang disekat di sana.

Ini bermakna tiada kesan langsung yang dirasai oleh pengguna di China.

Menurut data Canalys, penghantaran antarabangsa menyumbang hampir separuh daripada jualan telefon pintar keseluruhan Huawei pada suku pertama tahun ini.

Berita buruk untuk Huawei

huawei alami masalah dengan android google

Francisco Jeronimo berpendapat bahawa A.S. dan China akan mencapai kesepakatan perdagangan dan Google akan dapat meneruskan pengaturan pelesenannya dengan Huawei. Dalam hal ini, pelanggan Huawei tidak akan terkesan.

Walau bagaimanapun, jika ini adalah satu ancaman keselamatan sebenar, maka akan berlaku kesan jangka panjang.

Kesan terbesar yang akan dirasai oleh Huawei adalah pada hujung tahun kerana ia adalah musim jualan terbesar setiap tahun.

Huawei bakal melancarkan telefon utama terbarunya, Huawei Mate X, yang akan menjadi peluncuran pertama ke dalam dunia telefon lipat.

Pendek kata, isu ini adalah satu berita buruk bagi Huawei yang merupakan salah satu kuasa Android yang paling kuat.

Firma yang berpangkalan di Shenzhen ini adalah pembuat telefon pintar kedua terbesar di dunia dan terhebat peringkat global dari segi  peralatan telekomunikasi.

Tetapi ia berada di bawah tekanan hebat dari Washington di tengah-tengah pertempuran perdagangan A.S.-Sino.

Google bukanlah satu-satunya syarikat yang terpaksa memutuskan hubungan dengan Huawei, kerana pembuat chip utama Intel, Qualcomm, Broadcom dan Infineon juga dilaporkan melakukan hal yang sama. 

Rujukan:

1. CNBC

2. Android Authority

3. Verge




Hakcipta iluminasi.com (2017)