Oleh pada 14 Mar 2017 kategori

Expedia telah mengeluarkan senarai perangai penumpang paling annoying bagi tahun 2016 melalui satu survey Etika Menaiki Kapal Terbang yang dijalankan di Amerika melibatkan 1,005 orang responden berusia 18 tahun ke atas.

penumpang gatal

64% orang menyatakan mereka paling terkesan dan rasa jengkel dengan penumpang yang gemar menendang belakang tempat duduk. Walau apa pun alasan mereka menendang kerusi, sama ada mereka berasa gementar, bosan atau sememangnya tidak sedar, perbuatan ini tetap menyakitkan hati dan boleh merosakkan mood.

BESARKAN TEKS     A-  A+

"Penendang kerusi" ini telah berada di tempat pertama selama tiga tahun berturut-turut diikuti "ibu bapa yang tidak memberikan perhatian" dan "penumpang berbau."

Berikut senarai top 10 penumpang menjengkelkan yang lain:

#1 The Rear Seat Kicker (64%)

penumpang tendang belakang kerusi

Penumpang yang menggunakan kaki untuk menendang atau menggoyangkan kerusi di hadapan merupakan penumpang paling menyakitkan hati di atas kapal terbang dan melanggar etika menaiki kapal terbang.

#2 Inattentive Parents (59%)

budak menjerit kuat kuat

Ibu bapa macam ni selalu terlupa mereka travel bersama anak kecil dan terlupa bawa snek, alat mainan atau hiburan untuk si kecil. Bila anak mula menangis dan panas bontot, mulalah mengganggu penumpang lain.

#3 The Aromatic Passenger (55%)

penumpang badan berbau busuk

Penumpang dengan bau badan yang busuk membuatkan penumpang di sebelah dan di belakang berasa amat tidak selesa. Nak tidur pun susah sebab bau tengik sangat.

#4 The Audio Insensitive (49%)

penumpang bising

Penumpang jenis ini selalunya suka bersembang dengan suara kuat, pasang lagu, main game atau tengok video kuat-kuat sehingga mengganggu satu kapal terbang. Mungkin pekak agaknya.

#5 The Boozer (49%)

penumpang mabuk

Masalah seperti ini mungkin jarang terjadi di sini kerana kebanyakan kapal terbang dalam sektor Malaysia ni kurang menyediakan minuman beralkohol di atas kapal terbang. Nasiblah kalau terkena duduk sebelah kaki mabuk. 

#6 Chatty Cathy (40%)

penumpang banyak cakap

Orang nak rehat, dia sibuk nak berkenalan ajak berborak dan nak jadi "in flight entertainment" kita sepanjang perjalanan. Sembang sikit-sikit je sudah.

#7 The Queue Jumper (35%)

goku teleport

Yang ni jenis gelojoh tak sabar nak naik, bila kru kabin panggil warga tua dan orang bekeluarga suruh naik dulu, dia menyibuk nak ke depan. Sama juga ketika nak turun, dialah yang paling tak sabar. Bila kapal terbang baru je keluar tayar mendarat, dia terus terkocoh-kocoh ambil beg dan berlari ke pintu keluar di hadapan sebab nak jadi orang pertama keluar.

#8 Seat-Back Guy (35%)

turunkan seat tak fikir orang belakang

Penumpang jenis ni tak peduli pun sama ada ruang kaki di tempat duduk anda jadi sempit atau anda tak selesa sebab kepala dia berbau.

#9 The Armrest Hog (34%)

berebut nak letak tangan

Dia sorang aje nak guna tempat letak tangan. Tak boleh kongsi dengan penumpang lain.

#10 Pungent Foodies (30%)

bawa makanan berbau dalam flight

Nak jimat punya pasal, penumpang jenis ni suka bawa keluar bekal makanan secara tiba-tiba dalam flight. Hambek kau bau semerbak nasi lemak sambal udang petai. Harap tandas tidak berbau azab disebabkan penumpang ni.




Hakcipta iluminasi.com (2017)