Ramai cendekiawan dan ahli fikir seperti Stephen Hawking dan Elon Musk telah mengingatkan manusia agar tidak terlalu ghairah mencipta teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI).
Antara kesan buruk yang boleh berlaku seperti yang dikatakan oleh Stephen Hawking adalah perkembangan kecerdasan buatan penuh boleh menjadi permulaan kepada penghujung kewujudan manusia.
BESARKAN TEKS A- A+
Manusia tahu akan risikonya tetapi memilih untuk tidak mengendahkannya. Hari ini, kita hidup dalam dunia yang dikawal oleh kecerdasan buatan.
Kehidupan seharian dengan AI seperti Siri dan Alexa yang membuatkan hidup kita lebih mudah sudah berakhir. Kita tidak lagi mengawal AI, malah jika diingikan, AI sendiri boleh mengawal kita.
(Stephen Hawking memberi amaran kepada manusia tentang bahayanya Artificial Intelligence)
Dengan spesis AI yang lebih hebat sedang dibangunkan yang dikenali sebagai "Artificial Superintelligence" (ASI), kita tak dapat bayangkan apa yang mampu dilakukannya.
Apa yang kita tahu adalah ASI akan menjadi jauh lebih pintar dan pandai daripada mana-mana manusia di atas muka Bumi.
Ia dengan pantasanya akan menghasilkan teknologi yang mana manusia pada hari ini langsung tak terbayang.
Tapi, bagaimana kisah kecerdasan buatan ini boleh bermula?
Ia berbalik kepada sejarah di mana komputer digital yang pertama di dunia dicipta pada tahun 1937 sebagai salah satu cara untuk membantu manusia.
Sejak itu, komputer serta AI telah banyak memberikan manfaat dan memudahkan hidup manusia.
(Komputer digital pertama di dunia dicipta pada tahun 1937)
Selain daripada telefon pintar, internet dan konsol permainan video, ia juga membolehkan kita menerokai galaksi, menghasilkan ubat-ubatan baharu malah robot.
Kecerdasan manusia membawa kepada kelahiran teknologi tetapi ketika kita terus memperhebatkan AI, ia mungkin menjadi cukup pintar untuk mula mengendalikan diri sendiri.
Teknologi akan menjadi semakin canggih sehinggakan manusia tidak lagi diperlukan untuk mengendalikannya, sekaligus menjadikan ia tidak terkawal.
Memandangkan ASI bebas untuk melakukan apa sahaja, ia akan terus memperhebatkan dirinya dengan menjadi lebih canggih setiap saat yang berlalu.
Perkara ini dikenali sebagai technological singularity atau disebut sebagai singularity sahaja, adalah saat di mana pertumbuhan teknologi menjadi tidak terkawal dan tidak dapat dipulihkan, mengakibatkan perubahan yang tidak dapat diungkapkan kepada peradaban manusia.
Singularity ini mungkin membolehkan AI untuk melakukan hampir semua perkara termasuklah secara fizikal seperti robot mengambil alih mesin pembuatan.
Dengan ini, AI boleh menghasilkan mesin ia sendiri dan ketika sesuatu seperti ini berlaku kemungkinan besar manusia telah mencipta AI yang boleh menghasilkan objek fizikal sendiri.
Ini akan hanya membawa keburukan kepada seluruh manusia di Bumi.
Sejak tahun 1980-an, ahli fikir dalam bidang teknologi dan AI telah meramalkan bahawa perkara seperti ini boleh berlaku.
Malah, sesetengah daripada mereka mengatakan ia boleh berlaku menjelang pertengahan abad ini.
Jika ini berlaku, apakah yang akan terjadi kepada manusia? Hal ini bergantung kepada tuan AI yang berkuasa.
Dalam dunia yang canggih itu, manusia tak lebih daripada sekadar nyawa yang berkeliaran dan memenuhi ruang yang ada. Ia sangat menyedihkan namun itulah realitinya.
Jika AI mengambil alih dunia, manusia seolah-olah tidak berguna dan apa sahaja yang mahu dilakukan atau dicapai oleh AI hanya akan menjadi lebih perlahan dan kurang cekap jika dilakukan oleh manusia.
Dan jika tuan AI membenarkan kita untuk tinggal bersama mereka, apa yang akan berlaku?
Apa yang boleh diharapkan adalah AI tidak membina lebih banyak kilang robot di atas tanah-tanah yang dipenuhi dengan sumber makanan kita.
Oleh kerana AI tidak memerlukan makanan, kemungkinan besar ia tidak akan peduli dengan keperluan manusia yang lemah pada ketika itu.
Kecuali ia membenarkan kita terus menghasilkan dan bercucuk tanam makanan kita sendiri, ia akan berkurang dari masa ke masa dan akhirnya kita akan mati.
Satu-satunya sebab mengapa AI mungkin membenarkan kita terus hidup adalah jika mereka sukakan manusia untuk dijadikan haiwan peliharaan.
Kita akan menghabiskan masa dengannya, menemani malah berpelukan dengan AI sama seperti yang dilakukan oleh haiwan peliharaan kita pada hari ini.
Jika difikirkan, kehidupan sebegini tidaklah begitu teruk di mana anda boleh tinggal di rumah sepanjang hari, diberi makan dan tak kisah apa yang berlaku kepada dunia, kan?
Hidup seperti itu mungkin adalah yang terbaik bagi manusia pada ketika itu kerana kita sememangnya tiada peluang untuk mengatasi Superintelligence buatan dengan apa yang ada.
Satu cara yang mana kita boleh bersaing dengan ASI adalah jika kita satukan badan kita dengan teknologi dan menjadi cyborg.
Rujukan: