Pada November 1884, majalah New York Times memaparkan satu kisah yang sangat menarik.

Seorang ahli astronomi yang hanya dikenali dengan nama "Arndt", mendakwa bahawa dia telah menemukan sebuah planet yang berbentuk kiub, terletak di luar orbit planet Neptun.

Kurang daripada 100 tahun kemudian, satu lagi penemuan telah berlaku. Kali ini, oleh seorang yang bukan sahaja menamakan planet tersebut, tetapi juga telah melukis peta dan lakaran kehidupan serta makhluk yang agak asing di planet itu. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Adakah ia kebetulan? Tidakkah ia gila? Ataupun, planet berbentuk kiub mungkin benar-benar wujud? Persoalannya, adakah manusia boleh hidup di planet yang berbentuk kiub?

iluminasi.com kongsikan apa yang akan berlaku kepada kehidupan manusia jika Bumi berbentuk kiub, serupa dengan dakwaan mereka yang mempercayai Bumi adalah rata.

Planet berbentuk sfera

semua planet berbentuk sfera

Semua planet di alam semesta berbentuk sfera. Pernah tak anda terfikir kenapa? Jom kita patah balik masa, contoh, 4.5 bilion tahun yang lalu. 

Segumpal awan besar yang terdiri daripada gas dan debu, dikenali sebagai nebula, meletup dan membentuk bintang yang panas.

Melalui tarikan gravitinya, ia telah menarik segala benda yang terdapat berhampirannya, dan membentuk cakera yang besar berputar di sekitar pusatnya.

Selepas lebih daripada beberapa pelanggaran, segala benda yang mengelilingi matahari tersebut, akhirnya membina beberapa buah "jasad" yang mempunyai pusat graviti yang kuat, dikenali sebagai planet.

letupan big bang

Dalam mana-mana planet, tarikan graviti adalah sama daripada mana-mana bahagian ke arah pusatnya. Perkara ini adalah disebabkan oleh bentuknya yang sfera.

Dan disebabkan Bumi yang kita tinggal ini berbentuk sfera dan tarikan gravitinya adalah sama di ke mana sahaja anda pergi, ia bermakna selagi anda berpijak pada permukaan yang rata, anda akan berdiri tegak dan lurus.

Namun, apa yang anda rasa akan berlaku jika anda mencondongkan pengagihan graviti? Jadi, anda ingin hidup di hujung dunia? 

Bumi berbentuk kiub mempunyai 6 bahagian muka

tarikan graviti buatkan kita boleh berdiri tegak tanpa masalah

Maka, anda harus pilih bahagian mana yang anda ingin tinggal, kerana jika bumi berbentuk kiub, ia mempunyai 6 bahagian. Malangnya, tiada satu bahagian pun yang menyeronokkan.

Ini kerana ke mana sahaja anda pergi, anda akan berasa seperti mendaki bukit yang curam. Di atas Bumi berbentuk kiub, tarikan graviti yang paling kuat adalah di bahagian tengah setiap daripada 6 mukanya.

Jadi semakin anda menjauhi pusatnya, semakin kuat anda rasakan ditarik oleh graviti. 

bentuk bumi kiub jika isipadu sama

Landskap di sepanjang bucu Bumi pula akan menjadi berbatu dan tandus kerana semua sumber air laut akan terkumpul di tengah setiap bahagian bumi.

Kualiti atmosfera di sepanjang bucu dan penjuru Bumi pula akan menjadi terlalu nipis untuk menampung kehidupan, atau mungkin tiada langsung hidupan.

Iklim bergantung kepada cara bumi berputar

Iklim baru bergantung kepada bagaimana Bumi berputar. Jika Bumi berputar di atas paksinya melalui 2 bahagian mukanya (satu menghadap atas dan satu ke bawah sambil berutar) maka iklim akan menjadi seperti sekarang ini, tetapi lebih ekstrem.

Bahagian muka atas dan bawah akan menjadi kutub manakala baki 4 bahagian muka lagi akan menikmati iklim khatulistiwa.

Akan tetapi, jika bumi berputar melalui penjurunya (menyenget), makan setiap bahagian akan mengalami iklim sederhana. Anda tak akan lagi dapat melihat suhu ekstrem dan pemendakan.

iklim bumi kiub bergantung kepada putaran bumi

tiada lagi cuaca esktrem bumi bentuk kiub

Malangnya, ia juga bermakna tiada lagi iklim khatulistiwa seperti sekarang. Namun, ada satu kelebihan, iaitu anda mungkin boleh berjalan ke angkasa lepas.

Disebabkan oleh atmosfera Bumi berada di kedudukannya kerana tarikan graviti, dan kerana graviti menarik dari pusat Bumi di setiap bahagian, ia bermakna lapisan atmosfera akan menjadi lebih tebal di kawasan bergraviti tinggi dan nipis menghampiri pinggir Bumi.

Malah, jika Bumi kiub ini mempunyai isipadu yang sama dengan Bumi sfera ketika ini, maka bucunya yang tajam akan "mencucuk" keluar melepasi lapisan atmosfera.

berdiri di hujung dunia berbentuk kiub

Ia menjadikan kawasan ini tidak terlindung maka tiada hidupan yang mampu hidup di sini. Tetapi, ia juga bermaksud anda boleh memakai pakaian angkasa lepas dan berdiri di bucu dan di "luar" Bumi pada masa yang sama.

Beranikah anda lakukannya? Apa lagi yang akan anda lakukan? Bolehkah kita menyesuaikan diri? Dan, apakah yang kita patut gelarkan bagi keenam-enam bahagian muka bumi? Adakah ia akan menjadi benua yang berlainan?

Tak ada siapa yang tahu, kerana Bumi tidak berbentuk kiub. (rujukan)




Hakcipta iluminasi.com (2017)