juruwang jepun curi butiran kad kredit guna ingatan fotografi

Mempunyai kelebihan seperti mampu mengingati sesuatu perkara dengan sangat terperinci adalah satu kelebihan yang tak diperolehi oleh semua orang.

Antara yang paling ketara adalah ia mampu membantu kita untuk lebih mudah untuk menjawab peperiksaan, berbanding orang lain. Namun, kelebihan ini juga boleh membuatkan seseorang itu ke arah keburukan seperti dengan melakukan jenayah.

Daripada membangunkan pembaca kad elektronik yang rumit atau menipu orang ramai dengan cara dalam talian, seorang juruwang di Jepun menggunakan alat yang paling tidak dapat dibayangkan untuk mencuri maklumat kad kredit lebih daripada 1,300 pelanggan.

Apa yang dilakukannya adalah seperti yang anda boleh jangkakan, iaitu dengan menggunakan ingatan fotografinya yang sangat sempurna.

Yusuke Taniguchi adalah seorang juruwang sepenuh masa berusia 34 tahun yang bekerja di pusat membeli-belah di Koto City, Jepun.

juruwang jepun curi maklumat kad kredit 785

(Yusuke Taniguchi)

Dia merupakan manusia istimewa kerana dengan keunikan yang membuatkan manusia lain jauh kerdil dari segi ingatan.

Terdapat beberapa perdebatan berkenaan sama ada Yusuke mempunyai ingatan fotografi, yang mana membolehkannya mengingat butiran dengan tepat beberapa bulan selepas dilihat, atau ingatan eidetik, yang membolehkan butiran maklumat diingati semula dengan tepat beberapa minit kemudian.

Perdebatan ini tercetus berdasarkan fakta bahawa Yusuke menyimpan buku nota dengan semua maklumat tersebut di dalamnya.

Apa yang pasti adalah dalam tempoh seorang pembeli sedang membayar dan keluar daripada pasar raya tersebut, Yusuke mampu menghafal nama pengguna serta nombor, tarikh luput dan kod sekuriti pemiliknya untuk kegunaan jahatnya. 

Menurut SoraNews24, polis mengatakan bahawa Yusuke mengakui menggunakan maklumat kad kredit yang "dicurinya" untuk membeli barangan yang kemudiannya akan dijual di kedai pajak gadai untuk menampung perbelanjaan hidupnya.

Ia kedengaran seperti satu penipuan yang hanya boleh dilakukan oleh seorang yang genius, namun kehebatan mental Yusuke rupa-rupanya terhad kepada ingatannya sahaja.

Nota : Sila enable Youtube caption untuk fahami kandungan berita

Selain daripada buku nota yang membolehkan polis mengaitkannya dengan banyak pembelian haram yang dibuat dengan maklumat kad kredit yang dicuri, dia juga telah menghantar barangan tersebut terus ke apartmennya.

Dengan ini, pihak polis dapat mengesan dan menangkapnya selepas membeli beberapa beg silang mahal bernilai lebih daripada RM10,000, dengan niat untuk menjualnya semula. 

Penipuan ini adalah satu peringatan yang baik bahawa walaupun anda berhati-hati dalam melindungi kad-kad anda dari pembaca kad elektronik, ia masih tidak mencukupi untuk membuatkan anda benar-benar selamat.

Ciri-ciri seperti dapat membuat pembayaran dengan pantas yang ada pada hari ini seperti "Paywave" dapat membantu anda menyembunyikan butiran kad daripada mata-mata yang licik, namun adalah lebih selamat untuk kita menyemak semula sejarah pembelian supaya tidak menjadi mangsa sebegini.

Rujukan:

1. Gizmodo

2. Japan Today

3. Punch



Hakcipta iluminasi.com (2017)