Oleh pada 09 Mar 2017 kategori

selain bagi bunga dan buah apa lagi yang anda boleh bagi apabila menziarahi pesakit di hospital

Rasa gembira kan bila dapat hadiah? Apatah lagi kalau anda sedang terlantar di hospital dalam keadaan sakit, lepas tu ada orang datang melawat sambil bawakan buah tangan. Hilang sikit rasa sakit sebab anda tahu masih ada yang sayang.

Kalau anda nak menziarahi orang sakit pula, selalunya anda bagi apa? Rata-rata di Malaysia ni selalunya beli hadiah yang lebih 'tradisional' seperti bakul buah atau sejambak bunga dengan kad ucapan/belon yang tertulis Get Well Soon saja lah.

Selain daripada tu, mungkin anda boleh cuba berikan hadiah-hadiah berikut untuk menceriakan hari si pesakit:

#1 Majalah, komik atau bahan bacaan

beri bahan bacaan untuk pesakit

Belikanlah bahan bacaan yang digemari pesakit. Duduk di hospital lama-lama ni selalunya membosankan. Sekurang-kurangnya bila ada bahan bacaan, hilanglah sikit kebosanan mereka itu. Kalau boleh, belikan bahan bacaan yang berunsur komedi atau humor.

#2 Buah-buahan yang siap dikupas serta dipotong

hadiah campuran buah beri sedia untuk dimakan orang sakit

Selalu orang belikan bakul berisi buah yang belum dibasuh, dikupas atau dipotong. Apa kata anda belikan atau buat sendiri hidangan buah yang sedia dimakan? Misalnya, anda boleh bawa sebekas kotak berisi campuran buah beri, bungkus cantik-cantik dan sediakan siap-siap garfu untuk makan.

#3 Pencuci mulut dan manisan

snek sihat idea buah tangan melawat pesakit

Yang ini anda kena selidik dan kenalpasti terlebih dahulu sama ada pesakit boleh makan atau tidak sebelum dibawa. Untuk langkah selamat, anda boleh juga bawakan pencuci mulut atau snek yang sihat seperti yogurt, kekacang organik atau granola bar.

#4 Selimut, bantal atau stokin

idea buah tangan untuk pesakit di hospital stokin get well soon 574

Suhu di hospital selalunya sejuk. Walaupun hospital memang dah menyediakan selimut dan bantal, tapi kalau pesakit menerima hadiah yang personalised daripada anda, mesti dia gembira dan hari-hari nak guna. Stokin juga amat berguna ketika di hospital untuk mengelakkan kaki sejuk.

#5 Kit mandian atau penjagaan badan

idea buah tangan untuk pesakit di hospital kit mandian organik dengan aromaterapi

Kebiasaannya ahli keluarga dah bawa dari rumah tapi yang basic saja lah kan. Apa salahnya kalau anda beri satu hamper kecil yang berisi kit mandian dan penjagaan badan. Kalau boleh bagi yang organik. Ada unsur-unsur aromaterapi pun bagus juga, pesakit pun senang tidur lena dan tenang sikit fikiran.

#6 Kit pelembap

idea buah tangan untuk pesakit di hospital kit pelembap

Kalau anda biasa duduk lama di hospital, anda akan dapati bahawa persekitaran hospital selalunya agak kering. Kulit dan bibir pesakit akan menjadi kering dan mengelupas. Anda boleh hadiahkan alatan pelembap seperti humidifier kecil, losyen pelembap kulit ataupun pelembap bibir.

#7 Tawarkan perkhidmatan anda

boleh offer ringankan beban pesakit dengan menghantar makanan untuk anak anak di rumah

Anda boleh hulurkan bantuan atau 'perkhidmatan' anda untuk menjaga anak-anak pesakit sementara dia berada di dalam hospital. Ataupun dengan cara lain seperti membantu menyediakan lunch packs bagi anak-anak di rumah, bantu hantar anak ke sekolah, belikan barang dapur, atau apa-apa sahajalah yang anda rasa boleh meringankan bebannya.

Sekiranya dia rakan sepejabat, mungkin anda boleh offer untuk ambil alih tugasnya di pejabat buat sementara waktu.

Orang putih kata "a little goes a long way," kadang-kadang perkara macam ni nampak macam remeh tapi sebenarnya amat dihargai. Dia duduk kat hospital tu pun dah stress memikirkan hal-hal terbengkalai di rumah.

#8 Jus buah atau air yang diseduh

idea buah tangan untuk pesakit di hospital jus buah organik cold pressed

Selain buah, anda boleh hadiahkan jus perahan buah yang organik. Selain itu, anda boleh buat sendiri air minuman infused seperti air kosong dengan campuran lemon, mint dan buah-buahan.

#9 Kit tidur

sleep mask dan penyumbat telinga untuk tidur yang lebih nyenyak

Wad hospital kadangkala boleh menjadi bising dan pesakit susah untuk tidur dengan nyenyak. Apa kata hadiahkan penutup mata dan penyumbat telinga kepada pesakit. Kalau telinga dah disumbat, bunyi bising dari katil sebelah pun dia tak dengar dah. Tidur pun tidak terganggu.

#10 Bakul bertema

idea buah tangan untuk pesakit di hospital bakul bertema dengan benda kegemaran pesakit

Yang ini anda boleh buat sendiri. Sebagai ahli keluarga atau rakan baik kepada pesakit, mesti anda tahu apa yang diminati oleh pesakit. Sekiranya pesakit adalah seorang kanak-kanak, boleh hadiahkan bakul berisi krayon, buku mewarna dan anak patung. 

Ataupun bakul itu juga boleh berisi barang-barang yang boleh membuatkan mereka berasa lebih selesa. Sebagai contoh, pesakit kanser yang baru selesai rawatan kemoterapi mungkin memerlukan lip balm, hand sanitizer, gula-gula untuk menghilangkan rasa 'besi' dalam tekak dan pelindung kepala untuk menutupi rambut yang gugur teruk.

Hadiah dan buah tangan anda tak perlu yang mahal-mahal pun. DIY sendiri pun boleh. Yang penting anda ikhlas dan si penerima pun gembira!


tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)