Buah pinggang merupakan antara orang dalaman manusia yang membantu pembuangan dan pengasingan sisa-sisa toksik dari dalam darah. Kerosakan buah pinggang akan menyebabkan pelbagai komplikasi dan kematian kerana toksik dalam badan tidak dapat dikeluarkan. 

Oleh itu, rawatan dialisis terpaksa dilakukan agar darah di dalam badan dapat dibersihkan. Walaubagaimanapun, rawatan ini agak mahal dan mengambil masa yang lama. Pergerakan pesakit yang menjalani dialisis juga agak terbatas memandangkan selepas beberapa tempoh tertentu, mereka dikehendaki datang semula ke klinik atau hospital untuk melakukan dialisis.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sekumpulan pengkaji daripada University of California mengumumkan bahawa mereka telah berjaya mencipta buah pinggang bionik. Buah pinggang bionik ini adalah replika yang akan menggantikan buah pinggang asal yang rosak.

Buah pinggang bionik ini mengandungi beberapa microcip dan digerakkan oleh degupan jantung. Ianya akan berfungsi seperti buah pinggang asal, iaitu membersihkan darah daripada toksik daripada badan.

prototaip buah pinggang

Seperkara lagi yang menarik mengenai replika buah pinggang ini adalah ia mempunyai sifar peratusan penolakan oleh badan. Buat masa sekarang, pesakit yang ingin membuat pemindahan buah pinggang terpaksa menunggu bertahun lamanya dan buah pinggang yang diterima juga mempunyai kebarangkalian tidak diterima oleh tubuh seseorang pesakit.

Ketua kumpulan pengkaji Dr. Victor Gura berkata, buah pinggang bionik itu masih dalam fasa protaip. Walaubagaimanapun, pasukan berkata bahawa buah pinggang bionik ini mempunyai peluang yang cerah dan mereka menjangkakan ianya akan dijual dalam tempoh 2 tahun.




Hakcipta iluminasi.com (2017)