ibu zul ariffin meninggal dunia

Kredit foto: Instagram Zul Ariffin FC

Ibu kepada aktor Zul Ariffin iaitu Robiah Nasir meninggal dunia sekitar jam 3.40 pagi hingga 4 pagi tadi akibat serangan jantung.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di kediaman anak perempuannya, iaitu kakak kepada Zul yang bertempat di Sungai Penchala, Damansara.

Difahamkan, jenazah telah dikebumikan selepas solat Zohor tadi, selesai disembahyangkan di masjid Sungai Penchala.

Dalam pada itu, Instagram Zul Ariffin FC (ZAFC) dibanjiri dengan ucapan takziah daripada netizen yang mendoakan semoga Allahyarhamah berada di kalangan orang yang beriman.

Mereka juga berharap Zul tabah menerima takdir itu.

Takziah kami ucapkan kepada Zul dan keluarganya. Kehilangan Robiah pasti akan dirindui kerana beliau merupakan seorang yang sangat rapat dengan anak-anaknya.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)