Kredit foto: Instagram Neelofa

Kontroversi yang mengasak usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa Mohd Noor akhirnya memberi pulangan lumayan kepada jualan koleksi tudung turban terbarunya, BeLofa apabila dilaporkan 'sold out' hanya dalam tempoh 24 jam.

Menerusi laman web Naelofar Hijab, kesemua 45 warna yang dilabel pada harga RM73 (Semenanjung Malaysia) dan RM75 (Sabah dan Sarawak) kini direkod sebagai habis terjual.

Ia sekaligus membuktikan kecaman yang diterima tidak sekalipun menjejaskan jualan koleksi terbaru ini, malah ramai pula para pengguna yang kecewa kerana tidak berkesempatan mendapatkannya ketika stok masih ada.

turban belofa laris dalam dua minit 2

Kredit foto: Sinar Harian

Sementara itu, ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed memberitahu ‘Be Lofa Turban’ ini laris hanya dalam tempoh dua minit sahaja selepas dipasarkan.

“Ini pasukan pos atas talian. Alhamdulillah turban dan shawl atas talian habis dijual! Terima kasih semua tenaga kerja yang sangat bagus. Esok semua akan terima shawl turban yang dibeli secara atas talian hari ini,” dedahnya pada kiriman Insta Story, seperti dilaporkan sebuah portal.

Begitupun, belum ada pengesahan rasmi oleh Neelofa berkenaan prestasi sebenar jualan koleksi terbarunya itu.

Dalam kiriman terkini akaun Instagram Neelofa memperlihatkan beliau mengemaskini foto-foto majlis pelancaran koleksi berkenaan dengan kapsyen berbunyi, "Terima kasih Malaysia".

Sebelum ini, pengacara MeleTOP ini mengundang ribut apabila netizen dan rata-rata pihak tidak berpuas hati dengan tindakannya melancarkan koleksi terbaru tudung BeLofa dari jenama Neelofar Hijab di sebuah pusat hiburan terkenal di ibu kota, Isnin lalu.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)