Oleh pada 02 Jan 2018 kategori

hubungan dengan alvin chong ini pendedahan emma maembong 1

Digosipkan dengan Alvin Chong, aktres Emma Maembong menjelaskan keserasian mereka bergandingan dalam set penggambaran drama mahupun luar, tidak lebih daripada sekadar kawan.

Menerusi kenyataan yang dipetik daripada Mstar Online, Emma mengatakan dia selesa menjalinkan kerjasama dengan Alvin tanpa rasa cinta yang mampu membuatkan mereka kekok bila beraksi di hadapan kamera.

"Masa di set penggambaran memang kami memang kawan baik. Tiada nak sayang-sayang atau ada sesi luahan perasaan.

"Bila kita berlakon itu, nak lakukan babak lempang ke apa, jadi tak segan sebab kita kawan. Tak ada perasaan kekok. Kalau kita tangkap cinta, dah rasa malu-malu.

"Saya dah Alvin saling menyokong satu sama lain tetapi apabila orang kata suka gandingan kami ini, kira Alhamdulillah keserasian kami berjaya," katanya.

Emma mengulas tentang fenomena gandingan mereka dalam drama Awak Suka Saya Tak yang bersiaran pada September tahun lalu.

Pasangan ini menarik perhatian netizen hingga timbul permintaan agar mereka bercinta dalam dunia realiti.

Lebih hangat, sebuah akaun Instagram khas diwujudkan oleh peminat yang berkongsi aktiviti mereka berdua. Ini menguatkan lagi 'desakan' agar mereka menjadi pasangan kekasih.

Emma memberitahu, dia menyedari lumrah tersebut yang terpaksa dilalui setiap pasangan pelakon apabila penonton terlalu obses dengan gandingan mereka dalam drama.

Menganggap perkara itu tidak salah, Emma bagaimanapun menegaskan tidak timbul ruang cinta antara dirinya dan Alvin kerana hakikatnya, mereka lebih selesa bersahabat baik.

hubungan dengan alvin chong ini pendedahan emma maembong 2

"Keadaan ini sama macam gandingan saya dengan Aiman Hakim. Dulu orang nak sangat saya dengan dia. Sebenarnya benda itu dah terlalu banyak kali jadi.

"Bila kita dah terlalu setia dan sokong drama itu, kita terbawa-bawa. Untuk perkara ini, saya rasa semua pelakon mesti akan lalui saat itu.

"Bukan saya je, pelakon lain yang mereka minat pun akan buat macam itu. Bagi saya tak salah, cuma soal percintaan tidak timbul.

"Saya selesa untuk berkawan sahaja. Dengan cara itu saya senang untuk bekerja dengan pelakon yang digandingkan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Emma akan kembali ke set penggambaran drama adaptasi novel berkenaan, namun kali ini untuk edisi istimewa atau hari raya pada hujung bulan ini.

"Insya-Allah saya mula masuk set drama itu pada penghujung Januari. Tak pasti lagi sama ada untuk edisi khas sebanyak lima episod atau raya," katanya.

Kredit foto: Instagram @emmalvin_lovers
Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)