Oleh pada 29 Aug 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Noki K-Clique

    

Ahli kumpulan K-Clique, Noki tampil menjelaskan hubungan sebenarnya dengan pelakon Emma Maembong susulan timbul dakwaan yang mengatakan mereka sedang bercinta.

Noki dalam kenyataannya kepada portal Mstar, berkata, hubungan yang terjalin dalam tempoh tujuh tahun itu, tidak lebih daripada sekadar sahabat memandangkan kakaknya sendiri merupakan teman rapat kepada aktres itu.

“Kami sudah tujuh tahun berkawan, kebetulan kakak saya rapat dengan Emma," dedah Noki.

Terdahulu timbul gosip yang mengaitkan namanya dengan Emma selepas masing-masing sering berkongsi foto bersama di akaun Instagram.

Dalam pada itu, Noki berkata, kiriman gambar bersama di laman sosial terbabit barangkali menjadi punca tercetusnya spekulasi kemesraan mereka di kalangan netizen.

    

Baca: Biodata Penyanyi Noki K-Clique

    

noki k clique

Kredit foto: Instagram Emma Maembong

   

“Benda itu jadi isu sebab kami post gambar di Instagram, hakikatnya perasaan saya terhadap dia tak lebih daripada sekadar kawan.” katanya lagi.

Menghuraikan ciri-ciri wanita idamannya, Noki mengimpikan seorang wanita yang mengenakan tudung serta bertubuh tinggi lampai.

Terdahulu, nama Emma pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti popular lain, antaranya pelawak Zizan Razak, pelakon Kamal Adli termasuk Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang juga merupakan abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

   

Sumber berita: “Tiada Perasaan Terhadap Emma Maembong” - Noki K-Clique Suka Wanita Tutup Aurat

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)