Adalah menjadi satu kebiasaan bagi kita untuk mempunyai satu kepercayaan bahawa pelajar yang mendapat markah ujian rendah adalah tidak bijak dan membuatkan mereka tak mengelak untuk mengambil jurusan yang sukar yang membawa kepada beberapa pekerjaan terbaik.

Namun, hal ini terbukti meleset. Ia adalah kerana orang ramai tersalah anggap terhadap mereka dan tidak menyedari bahawa setiap orang lebih pintar daripada orang lain dengan cara mereka sendiri.

pendidikan kelulusan kemahiran atau pengalaman lebih penting

Malah, sejumlah daripada individu yang berjaya pada hari ini tidak menghabiskan pengajian mereka. Mereka ini tidak mencapai kejayaan dengan memperoleh segulung ijazah, tetapi dengan mengasah kemahiran yang mereka miliki.

Akan tetapi, pelajaran dan pendidikan masih menjadi perkara yang terpenting dalam kehidupan, tetapi bukan penentu segalanya.

Berita baik bagi semua orang yang tidak begitu berminat atau mampu dalam mendapatkan ijazah adalah bahawa kebanyakan syarikat paling terkemuka hari ini tidak berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada mereka yang menamatkan program ijazah empat tahun.

Sebaliknya, mereka mahu anda mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk bekerja.

google lebih gemar mengambil pekerja yang berkemahiran

Syarikat-syarikat terkemuka di dunia seperti Apple, IBM, dan Google, percaya dengan ciri-ciri seperti belajar sendiri, inovasi, minat dan mempunyai matlamat yang jelas.

Laman sesawang Glassdoor telah menyusun senarai syarikat "Top" yang tidak memerlukan ijazah daripada kolej atau universiti. Syarikat-syarikat seperti Google, Apple, dan IBM lebih mencari mereka yang mempunyai kemahiran berbanding ijazah. 

Menurut ketua organisasi bakat IBM, jenis pekerjaan ini dipanggil pekerjaan kolar baru di mana kelayakan calon dilihatkan berdasarkan kemahiran mereka.

Dengan cara ini semua pemohon yang gagal melengkapkan ijazah empat tahun dengan apa cara sekalipun tetapi telah membuktikan pengetahuan teknikal mereka akan berpeluang menjadi sebahagian daripada organisasi ini.

Tanmay Bakshi, salah seorang pengaturcara perisian termuda di dunia, adalah satu contoh sedemikian.

tanmay bakshi

(Tanmay Bakshi)

Tanmay menonton dokumentari tentang IBM Watson ketika berusia 11 tahun dan mula ketagih dengannya.

Beliau kemudian mendapat inspirasi untuk membangunkan aplikasi Wastson pertama yang dinamakan sebagai "Ask Tanmay".

Setelah beberapa ketika, Tanmay menjumpai bug di dalam perkhidmatan Penukaran Dokumen oleh IBM dan berkongsinya di Twitter.

Hal ini disedari oleh IBM dan menghubungi Tanmay muda. Sebaik sahaja dia dihubungi, Tanmay diambil bekerja dengan IBM.

Dengan cara yang sama, jika anda mempunyai ijazah dalam beberapa program lain tetapi minat dalam mempelajari membangunkan perisian, anda masih boleh mendapatkan pekerjaan di syarikat terkemuka di dunia.

Terdapat banyak contoh dalam hal ini di mana mereka bekerja dalam bidang lain pada mulanya tetapi berakhir dengan melakukan apa yang mereka suka.

google tidak pandang kepada ijazah lagi

Angela Taylor adalah salah satu contoh terbaik di mana dia bekerja di bahagian Sumber Manusia di Google dan dengan sikapnya yang sangat berdedikasi, dia kini menjadi jurutera Google.

Ini menjelaskan bahawa potensi dalam setiap individu diserlahkan dengan menggabungkan kuasa komputer dan perisian.

Untuk meneruskan, keinginan untuk belajar adalah penting dan guru atau ibu bapa perlu memahami fleksibiliti kanak-kanak untuk belajar mengikut kadar mereka sendiri dan mereka seharusnya tidak terlalu ditekan untuk mendapatkan markah yang tinggi di sekolah. 

Setelah seseorang itu diberikan kelonggaran, mereka akan dilengkapi dengan kemahiran tertentu dan pengetahun, berbanding hanya segulung ijazah. 

Kenapa kelulusan penting?

kenapa kelulusan pendidikan sangat penting

Ijazah bukan sekadar untuk mendapat pekerjaan atau membina kerjaya. Manfaatnya memberi kesan kepada semua aspek kehidupan iaitu intelektual, sosial, sukan, peribadi, seni, etika dan banyak lagi.

Perekrut atau majikan sering menulis iklan pekerjaan yang menyatakan bahawa ijazah diperlukan untuk pekerjaan, membuatkan pasaran menghargai ijazah.

Di samping itu, terdapat lebih banyak pekerjaan pada hari ini berbanding 50 tahun yang lalu yang melibatkan kerja menggunakan otak dan kurang pekerjaan yang melibatkan kemahiran manual.

Ijazah adalah permulaan dalam kehidupan kerja diikuti dengan pengalaman akan semakin memberikan peluang untuk perkembangan selanjutnya dalam kerjaya seseorang.

Perkara ini ditegaskan oleh Andrew Main, dekan bersekutu di Universiti Bournemouth di mana beliau berasakan bahawa kelayakan mendedahkan lebih banyak tentang seseorang daripada kehebatan akademik.

Kenapa pengalaman lebih penting?

kenapa pengalaman kerja lebih penting

Hari ini kebanyakan orang memiliki atau ingin memiliki segulung ijazah, dan masih ada kecenderungan untuk terus menyambung pelajaran ke peringkat ijazah secepat yang boleh.

Namun adakah ia jalan yang terbaik?

Adakah individu berusia 21 tahun dengan pengalaman selama 3 tahun dan telah menyelesaikan beberapa kelayakan industri yang relevan pada masa ini dilihatkan sebagai lebih atau kurang sebagai sumber yang berharga berbanding seorang graduan universiti yang berkelayakan yang tidak pernah melangkah kaki di persekitaran pejabat sebelum ini?

Cuba letakkan diri anda dalam situasi tersebut. Adakah anda rasa anda mempunyai kedudukan yang lebih kukuh kerana memiliki pengalaman kerja 3 tahun, atau pun anda lebih kukuh dengan mempelajari sesautu dengan kemahiran praktikal yang kurang?

Kelayakan ijazah pernah menjadi faktor penentu utama mendapatkan pekerjaan, tetapi semakin ramai orang memiliki ijazah, terutama sejak beberapa tahun kebelakangan ini, majikan telah menjadi kurang tertarik secara keseluruhannya dan memberi lebih tumpuan kepada pengalaman.

pengalaman kerja lebih penting daripada kelulusan akademik

Jika anda bertanyakan kepada majikan sama ada mereka akan memilih lepasan ijazah tetapi tidak mempunyai pengalaman, atau mereka yang tidak memiliki kelulusan tetapi dengan 3 tahun pengalaman kerja yang relevan, kemungkinan besar individu yang mempunyai pengalaman akan dipilih.

Kebanyakan ciri pekerjaan yang ada ketika ini merujuk kepada apa-apa pendidikan dan kelayakan yang diperlukan biasanya disebut sebagai 'ideal' atau 'berfaedah' dan bukannya paling penting.

Semasa menyemak CV, secara peribadi dan bersama-sama majikan, pengalaman dilihat terlebih dahulu sebelum kelulusan dalam kebanyakan kes.

Dan sudah tentu hal ini sangat berbeza dalam beberapa bidang di mana tahap pendidikan tertentu diperlukan untuk melepasi tahap tertentu, seperti bidang undang-undang, perakaunan, kejuruteraan dan sebagainya.

Hal ini dijelaskan oleh Matt Hackett, pengurus pasukan perekrutan digital & pemasaran di Orchard yang melihat nilai pengalaman di tempat kerja adalah lebih penting berbanding kelulusan.

Rujukan:

1. Be In

2. CNBC

3. Tech Republic

4. Total Jobs



Hakcipta iluminasi.com (2017)