Oleh pada 09 Aug 2017 kategori

Kredit asal foto diatas: mStar Online & Yahaya Hashim / HIP 

Sekiranya anda merupakan peminat setia rancangan 'Macam-Macam Aznil' dan 'Tom Tom Bak' yang pernah keudara di Astro suatu ketika dahulu, anda pasti kenal dengan Hadziq, kanak-kanak petah yang sering menghiburkan penonton dengan telatahnya yang bersahaja dan mencuit hati.

Menerusi laman Youtube Lurzan TV, pemilik nama sebenar Hadziq Hakem ini dikatakan sudah pun menginjak ke usia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi. Pasti ada di antara anda yang berasa terkejut dengan perubahan bekas bintang cilik ini bukan? Masa memang cukup pantas berlalu.

Selain itu, Hadziq juga pernah popular menerusi filem lakonannya iaitu Syurga Cinta yang turut dilakonan oleh pelakon Awal Ashaari dan Heliza Helmi. Mungkinkah Hadziq akan terjun ke dalam bidang lakonan pula selepas tamat persekolahan? Sama-sama kita nantikan.

hadziqtomtombak1

hadziqtomtombak2

hadziqtomtombak3

hadziqtomtombak4

Sumber foto: Youtube LURZAN TV




Hakcipta iluminasi.com (2017)