6 foto terkini sofia azzahra anak syawal dan fiqa pelamin fantasia

Sumber foto: melvister.com

Masih ingat dengan kelahiran anak sulung, Sofia Azzahra hasil perkahwinan pasangan juara musim pertama Pelamin Fantasia, Syawal dan Fiqa?

Pasangan itu selamat diijabkabulkan pada 13 Jun 2015 dalam sebuah majlis bertemakan 'Modern Garden Wedding'  di Dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Pemilik nama sebenar Muhammad Syawaluddin Ghazali (29 tahun) itu menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan seutas rantai emas, bersama 9 dulang hantaran berbalas 9 juga dari pihak Norafiqah Ma Hassan (27 tahun).

Syawal merupakan seorang penternak lembu, manakala Fiqa, seorang gadis istimewa yang mempunyai masalah pendengaran. Mereka telah memenangi pakej tajaan perkahwinan berjumlah RM100,000.

Pasangan ini menyambut kelahiran anak sulung mereka, Sofia Azzahra pada 16 Mei 2016 di Hospital Azzahra, Bandar Baru Bangi.

Jom tengok foto terkini Sofia Azzahra yang kini berusia hampir 2 tahun.

sofiaazzahra1

sofiaazzahra2

sofiaazzahra3

sofiaazzahra4

sofiaazzahra5

sofiaazzahra6

Sumber foto:

1.    Instagram.com/sofiaazzahra_syawalfiqa

2.    Instagram.com/syawal_fiqa

Sumber info:

1.    Astro Gempak

2.    Astro Awani

3.    mStar Online


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)