Kredit foto: Instagram Ziana Zain

    

Siapa tidak kenal dengan penyanyi dan pelakon terkenal, Ziana Zain yang sudah menceburi dunia hiburan sejak tahun 1989.

Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain yang merupakan bakat kelahiran Merlimau, Melaka, dilahirkan pada 2 Mei 1968.

Artis bersuara lantang ini meningkat naik menerusi satu-persatu lagu hitsnya seperti Madah Berhelah, Anggapanmu, Kemelut Di Muara Kasih, Setiaku Di Sini dan banyak lagi.

Cabang seni lakonan turut menjadi keutamaan ketika meniti ambang kemuncak populariti. Antara filem dibintangi termasuk Sembilu, Sembilu II, Maria Mariana, Maria Mariana II dan Merah.

Melengkapkan portfolio seninya adalah konsert solo terbesar yang paling diingati ramai iaitu Konsert Unplugged Ziana Zain yang berlangsung pada 1996.

Beliau yang kini berusia 51 tahun telahpun mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Armin Zaharin Ahmad Zambri pada 1998 sebelum bercerai pada 2018.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 15, dan sepasang kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh yang berusia 9 tahun.

Semalam, Ziana telah berkongsi dua foto terkini anak bujangnya iaitu Aiman dan Ammar buat tatapan para peminat di laman Instagram.

Rata-rata pengikut memuji ketampanan Aiman dan Amar, serta ada yang mengatakan senyuman mereka saling tak tumpah seperti senyuman ibunya.

Jom intai gambar terkini mereka berdua yang jarang didedahkan kepada umum.

   

anak ziana zain

Kredit foto: Instagram Ziana Zain

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)