Oleh pada 09 Dec 2017 kategori

Sumber foto:  ©Viva / Indowarta

Anda masih ingat lagi perkahwinan tular antara gadis mat saleh warga Britain dengan jejaka orang asli dari Indonesia suatu ketika dahulu? Ramai yang menganggap Bayu Kumbara dan Jennifer Brocklehrust sebagai lambang cinta sejati, kerana tidak bersandarkan harta dan paras rupa semata-mata.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan menimang cahaya mata perempuan bernama Olivia Azzahra pada Oktober 2016. Olivia lebih dilihat iras ibunya berdasarkan fizikal dan warna kulit. Namun, rambut dan matanya berwarna hitam

Menerusi akaun instagram miliknya, Jennifer seringkali dilihat memuatnaik foto terkini anak kesayangannya itu. Mereka kelihatan selesa dan tidak kekok dalam menjalani kehidupan di kampung.

Terdahulu, cinta pasangan ini berputik apabila Jennifer mengembara ke Padang. Ketika itu, Bayu bertindak sebagai pemandu pelancongnya. Dia terpikat dengan kemesraan Bayu. Mereka kemudiannya bercinta sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Bayu merupakan lulusan Universiti Andalas, Padang.

 

Sumber berita:

1.    Vanillakismis

2.    Karangkraf

Sumber foto: Instagram @jennifer_kumbara




Hakcipta iluminasi.com (2017)