Oleh pada 22 Jan 2018 kategori

Foei Gras bermaksud lemak hati merupakan salah satu produk makanan mewah yang berasal dari Perancis. Ia merupakan makanan tradisi yang telah diketahui manusia sejak zaman Mesir purba. Foei Gras ini boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti memanggang atau menumis dan dihidangkan dengan makanan lain seperti stik atau pastri. Disebabkan makanan ini mengandungi lemak yang tinggi, ia biasanya dimasak sekejap sahaja di bawah api yang perlahan bagi mengelakkan ia daripada cair.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Foie gras iaitu lemak hati yang merupakan organ berbentuk bujur yang boleh mencecah berat 500 gram sehingga 900 gram. Hati ini berwarna merah jambu mempunyai tekstur yang sangat halus. Foei gras ini juga mempunyai grednya tersendiri yang dapat di beza melalui berat,tekstur,bau dan warna.

Penggemar makanan ini menyatakan bahawa makanan ini sangat sedap. Ia lembut dan kaya dengan lemak yang amat berbeza seperti hati itik atau angsa yang biasa. Menu ini selalunya dihidangkan pada majlis-majlis yang istimewa seperti makan malam Krismas dan makan malam menyambut tahun baru.

Namun kebanyakan kawasan di Eropah memakan makanan tersebut sebagai makanan harian pada masa kini.

Foei gras biasanya dihasilkan di dalam tubuh angsa secara berperingkat melalui tiga fasa utama. Fasa pertama adalah permulaan bagi menghasilkan lemak hati tersebut. Pada waktu in anak-anak angsa berumur 1 hari akan ditempatkan dalam satu kumpulan yang besar dan diberi makan seperti biasa sehingga berumur 28 hari.

Pada fasa kedua ia dipanggil sebagai fasa pertumbuhan yang akan berlangsung  selama 5 minggu iaitu pada usia 29 hari sehingga 63 hari. Sepanjang fasa ini,  angsa dibiarkan untuk keluar mencari makan sendiri iaitu rumput. Tujuan membiarkan itik atau angsa mencari makanan secara sendiri adalah untuk mengembangkan bahagian bawah esofagus secara semulajadi. Fasa ketiga adalah fasa dimana angsa mulai digemukkan pada hari ke 63 sehingga hari yang ke 90.

Setiap angsa akan dipaksa makan dalam jumlah yang banyak daripada biasa. Angsa ini akan dipaksa makan dengan menggunakan tiub berukuran 20 sentimeter sehingga 30 sentimeter panjang yang akan dimasukkan ke dalam tenggorok angsa bagi memastikan makanan tersebut terus mengalir masuk ke dalam perut angsa.

Angsa tersebut akan dipaksa untuk makan secara berlebihan makanan yang berasaskan jagung. Setiap angsa akan dipaksa untuk makan melalui tiub tiga hingga empat saat selama empat kali sehari. Kerja memberi makan secara paksa ini dilakukan tanpa henti sehingga hati angsa tersebut berubah menjadi besar sehingga mencecah 10 kali ganda daripada saiz normal.

Setelah diberi makan, angsa tersebut akan diletakkan di dalam sangkar yang sangat kecil supaya ia tidak banyak bergerak. Ia dipercayai untuk menjimatkan tenaga angsa tersebut seterusnya boleh menghasilkan lemak dengan lebih cepat. 

Proses memberi makan secara paksa telah memberi impak negatif terhadap haiwan tersebut. Makanan tersebut juga dapat dilihat melimpah keluar dari kebanyakan mulut angsa tersebut. Disebabkan angsa dipaksa makan secara berlebihan, kebanyakan mulut dan tenggorok angsa itu mengalami luka dan kemaluan ia membengkak sehingga mengeluarkan darah.

Angsa tersebut dibiarkan kesakitan sama ada ia mati kerana tersiksa atau mati disembelih. Kebanyakan angsa yang terbunuh itu mengalami kerosakan fungsi hati,aliran darah tersumbat dan sukar untuk bernafas disebabkan makan terlalu banyak secara paksa. Angsa tersebut selalunya akan disembelih pada usia 110 hari manakala itik adalah pada usia 100 hari.

Terdapat ramai  pihak mengecam tindakan tersebut menyebabkan hidangan ini Foei Gras ini tidak didapati dinikmati di kebanyakan negara. Foei Gras juga merupakan hidangan yang tidak sihat kerana mempunyai lemak yang tinggi.

Dianggarkan setiap 100 gram Foei Gras mengandungi 40 gram lemak dan 140 miligram kolestrol. Foei Gras mentah ini dianggarkan bernilai RM430 sekilogram. Jika siap dihidangkan maka ia dijual sehingga RM500 untuk satu hidangan. 

 




Hakcipta iluminasi.com (2017)