Oleh pada 12 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram.com/fazrenrafi

Tahniah diucapkan buat pelakon Fazreen Rafi yang akan dikurniakan anakn yang keempat bersama isterinya, Sharifah Marlina Ashikin. Khabar gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Fazreen dan isterinya melalui Instagram masing-masing.

Melalui kapsyen foto dan video imbasan bayi anak mereka yang dianggarkan berusia 2 bulan, Fazreen dilihat masih bertanya-tanya akan jantina anaknya itu selain menyuarakan hasrat untuk menambah 7 lagi cahaya mata di masa hadapan.

Sementara itu, Sharifah Marlina pula memberitahu yang dia pernah mengalami keguguran sebelum ini sebanyak dua kali. Ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada para pengikut.

Untuk info, Fazreen dan isteri mendirikan rumah tangga pada Mei 2011 sebelum dikurniakan 3 orang anak bernama Rizqin Qayyum, Rizqin Uwais dan Risqeen Humaira.

Sumber berita: myartis.com, Instagram.com/fazrenrafi & Instagram.com/symarlina




Hakcipta iluminasi.com (2017)