Kredit foto: Beautifulnara

Aktres sensasi, Nur Fathia Latiff mendakwa dia telah diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Fathia mendedahkan individu berkenaan bertindak membaling rantai serta mengugut untuk mencederakannya tanpa motif yang pasti.

"Saya baru sahaja diserang oleh seorang berkepala botak. Selamat ada parang di belakang kereta. Anda semua perlu hati-hati.

"Dia cuba mengugut saya dengan berkata "jangan sampai peluru aku sampai kat kau". Saya masih menggigil sehingga rasa trauma," luahnya menerusi laman sosial Twitter, semalam (Sabtu).

Fathia yang juga seorang model turut memuat naik gambar parang yang disimpannya di dalam kereta untuk tujuan keselamatan.

Pelakon drama Plan Cinta Tak Jadi ini berkata, dia merancang untuk mengupah pengawal peribadi demi menjaga keselamatannya yang kian terancam.

"Saya perlu pengawal peribadi! Ada pengawal keselamatan tapi hanya tengok sahaja," ujarnya.

Fathia berkata, dia juga mengenali nama lelaki yang mengugutnya itu, namun tidak mahu mendedahkan identitinya atas sebab tertentu.

Dalam masa sama, Fathia enggan membawa isu itu kepada pihak polis.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)