tempoh reman farid kamil disambung

Kredit foto: BH Online

Tempoh reman terhadap aktor dan pengarah, Datuk Farid Kamil dilanjutkan sehari lagi sehingga Selasa.

Perintah tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Hairul Azhar Mohd Ishak di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya, tengah hari tadi.

Farid yang tiba sekitar jam 11.30 pagi nampak tenang berpakaian kemeja dan berseluar lokap.

Di kesempatan yang sama, beliau merakamkan penghargaan buat para peminatnya yang memberikan sokongan.

Rakan artis yang kelihatan hadir di mahkamah termasuk adiknya, aktor Fadzil Zahari dan rakan seperjuangan, Azad Jasmin dan Azhan Rani.

Sebelum ini, Farid terlebih dahulu ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut susulan kes serangan terhadap seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, 11 Januari lalu.

Sumber berita: Mstar 

tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)