Oleh pada 08 Oct 2018 kategori

Penantian yang selama ini dinantikan telah berlangsung di yang menjadi tular hari ini di mana Conor McGregor telah dikalahkan oleh Khabib Nurmagomedov.

McGregor membuat comeback yang telah lama ditunggu-tunggu ke UFC setelah hampir 2 tahun meninggalkan gelanggan. Kepulangan tersebut merupakan satu cubaan menawan semula kejuaraan pernah dimilikinya yang kini dipegang oleh Nurmagomedov.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun hajat tersebut tidak kesampaian apabila Khabib memaksa Conor menyerah kalah dengan melakukan gerakan engkol pada leher pada minit ke 3:03 di pusingan keempat untuk mengekalkan kejuaraan UFC kategori lightweight tersebut.

khabib melepaskan tumbukan padu ke muka conor mcgregor

Dan bercakap mengenai Khabib, kepercayaan agamanya telah menjadi satu perkara yang dibualkan di seluruh dunia. Berasal dari Dagestan, Rusia, Khabib Nurmogemodov dibesarkan dalam sebuah keluarga Islam.

iluminasi.com kongsikan sedikit sebanyak apa yang anda perlu tahu mengenai Khabib.

Seorang Muslim sejati

khabib di mekah

Khabib mengamalkan ajaran Islam Suni yang mana menyumbang kepada kira-kira 80% penduduk Islam di dunia. Suni membentuk kira-kira 90% peratus populasi Mesir, Jordan dan Arab Saudi.

Beliau dilahirkan di kawasan kampung terpencil di Sildi, di daerah Tsumandinsky yang kini dikenali sebagai Dagestan, Rusia.

Menurut kaji selidik 2012 oleh Projek ARENA, 83% daripada penduduk di Dagestan dikenalpasti sebagai beragama Islam.

khabib kelihatan sedang solat di tepi jalan di new york

khabib memakai papakha

Khabib sering dilihat memakai papakha, topi kulit domba tradisional yang dipakai oleh penduduk tempatan Dagestan dan suku-suku lain di rantau Caucasus.

Lelaki dan anak lelaki memakai papakha sepanjang tahun, seperti yang dinyatakan dalam Ensiklopedia Pakaian Negara: Pakaian Tradisional Di Seluruh Dunia.

Permohonan maaf oleh EA Sports UFC2

khabib dalam permainan video ufc 2

Beberapa tahun lalu, Khabib mengetahui bahawa dirinya menjadi sebahagian daripada permainan video EA Sports UFC 2. Dalam permainan video tersebut, karekternya dilihat melakukan aksi meraikan kemenangan dengan cara Kristian yang mana bercanggah dengan agama Islam.

"Apabila Khabib menang dalam permainan tersebut, cara wataknya meraikan melibatkan dia melakukan isyarat dalam bentuk salib. Ia merupakan satu animasi yang mana watak-watak yang lain turut melakukannya, namun ia merupakan sesuatu yang mana Khabib sebenar tidak akan sesekali melakukannya," jelas laporan Kotaku pada tahun 2016.

Mengetahui perkara itu, Khabib menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak senangnya kepada EA Sports. Berikut adalah apa yang dimuatnaik oleh Khabib melalui laman Twitter:

tweet dari khabib kepada ea sports

permohonan maaf dari ea sports kepada khabib

EA Sports kemudiannya menyatakan permohonan maaf terhadap perkara itu yang mana dikongsikan oleh Khabib di laman Instagram.

Fakta menarik mengenai pertarungan Khabib Nurmagomedov vs Conor McGregor

1. Khabib Nurmagomedov tak pernah tewas dalam karier profesional MMA 

khabib tak pernah tewas dalam pertarungan profesional ufc

Dalam kariernya sebagai penggusti profesional MM, Khabib tidak pernah ditewaskan dalam. Beliau telah bertarung dalam 10 pertarungan sejak menyertai UFC, dengan pertarungan pertamanya menentang Kamal Shalorus pada tahun 2010.

Khabib memenangi kesemua 10 pertarungan, 2 pertarungan dimenangi dengan pihak lawan menyerah kalah, 2 pertarungan dengan KO dan 6 yang lain oleh keputusan juri.

Beliau menewaskan Al Iaquinta di UFC 223 dengan keputusan juri pada April 2018 untuk merangkul kejuaraan UFC kategori lightweight.

Malah, Khabib tidak pernah tewas walaupun dalam satu pusingan dalam kesemua 10 pertarungan.

2. Conor McGregor tak pernah bertarung dalam arena UFC sejak 2016

mcgregor vs mayweather

The Notorious mungkin kelihatan aktif pada tahun 2017 dan 2018 namun beliau tidak pernah memasuki Oktagon untuk pertarungan profesional sejak mengalahkan Eddie Alvarez di UFC 205.

Conor merangkul kejuaraan kategori 155lb selepas mengalahkan Eddie dalam pusingan kedua, memberikannya gelaran "Double Champ", selepas menggondonl kategori 145lbs sebelum itu.

Namun, beliau tidak lagi bertarung selepas itu, selain daripada pertarungan tinju yang bernilai beratus juta ringgit menentang Floyd Mayweather pada Ogos 2017.

3. UFC 229 bukan sekadar sebuah pertarungan biasa

ufc 229

UFC 229 ini dikatakan adalah lebih daripada hanya sebuah pertarungan di antara kedua bintang MMA ini.

Jangkaan terhadap pertarungan ini menjadi semakin hangat selepas Conor McGregor menyerang bas yang dinaiki oleh pasukan Khabib sebelum UFC 223.

Conor telah melempar sebuah troli mengenai bas yang dinaiki Khabib dan pasukannya ketika perjumpaan dengan media sebelum UFC 223 pada bulan April, menyebabkan tingkap bas pecah dan mencederakan beberapa orang.

Conor McGregor ditangkap dan didenda membayar saman serta arahan perkhidmatan komuniti daripada mahkamah Brooklyn pada bulan Julai.

Serangan tersebut dikatakan sebagai balas dendam kerana tindakan Khabib terhadap rakan Conor, Artem Lobov awal minggu tersebut.

Sejak itu, serangan ini digunakan oleh UFC sebagai promosi pertarungan antara kedua-dua mereka menjadikannya agak peribadi.

Conor McGregor juga telah menghina Khabib dengan memainkan unsur agama, menyelar bapanya dan negaranya serta menuduh pengurus Khabib sebagai pengganas.

4. UFC 229 merupakan acara MMA terbesar dalam sejarah

conor mcgregor tewas di tangan khabib nurmagomedov

Presiden UFC, Dana White telah mengesahkan bahawa pertarungan ini menghala ke arah RM12.4 juta bayaran-per-tontonan (pay-per-view), menjadikannya acara MMA paling besar dalam sejarah.

Pertarungan ini melihatkan rekod pembelian sebanyak 1.7 juta, sekaligus memadamkan rekod pertarungan antara Brock Lesnaar dan Frank Mire dalam UFC 100 pada tahun 2009, dengan sebanyak 1.6 juta pembelian.

5. Khabib biasa berlatih dengan beruang ketika kecil

khabib nurmagomedov

Ketika berusia 9 tahun, Khabib bersahabat dengan seekor beruang yang dijadikan sebagai teman berlatih bergusti di kampung halamannya. 

Sebuah video yang melihatkan Khabib sedang bergomol dengan seekor beruang telah diambil.

Video tersebut telah mengejutkan komuniti MMA berikutan keberanian Khabib dan juga kerana rejim latihan yang sangat luar biasa.

Rujukan:

1. Heavy

2. Sun




Hakcipta iluminasi.com (2017)