Kita tahu bahawa Facebook mengetahui pelbagai maklumat peribadi kita tetapi ramai tidak menyedari betapa mendalamnya maklumat itu. Mengapa kita sanggup mendedahkan privasi itu terhadap Facebook sedangkan menjaganya dengan begitu rapi di dunia luar?

Walaupun anda memadam akaun Facebook atau berhenti menggunakan aplikasi berkaitan Facebook, anda tetap tidak dapat menghalang aplikasi itu daripada menjejaki anda. Facebook tetap akan mengekalkan profil anda walaupun tidak menggunakan mana-mana perkhidmatannya lagi. Berikut adalah 10 maklumat peribadi seseorang yang diketahui Facebook.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Ideologi politik

ideologi politik

Fecebook mengetahui ideologi politik anda walaupun anda tidak pernah mendedahkannya atau like mana-mana profil ahli politik sekalipun. Facebook boleh menentukan kecenderungan politik anda dengan melihat seluruh aktiviti anda dan menilai sama ada anda seorang yang liberal, sederhana atau konservatif.

Bagaimana Facebook mengelaskan kepercayaan politik anda masih lagi kurang jelas. Sebilangan penganalisis berpendapat bahawa Facebook menjejakinya melalui interaksi anda dengan apa sahaja. Sebagai contoh, jika anda like sesuatu artikel atau laman mengenai kisah patriotik, Facebook akan membuat kesimpulan bahawa anda mungkin seorang yang konservatif.

9. Kisah percintaan

kekasih bercinta

Facebook mengetahui bila anda jatuh cinta walaupun beberapa bulan sebelum menyiarkannya secara rasmi di profil. Hasil daripada menganalisis berbilion-bilion data, Facebook dapat meramal tingkah laku dua orang yang bakal menjadi kekasih.

Facebook tahu sesuatu akan berlaku apabila terdapat peningkatan komen antara dua orang secara tiba-tiba. Secara purata, bakal kekasih itu akan menulis 1.50 post sehari pada laman pasangan mereka 85 hari sebelum menjadi kekasih.

Jumlah post ini akan meningkat dari masa ke masa. Jumlah itu biasanya akan menurun selepas mereka memulakan hubungan. Komen, mesej dan interaksi selepas itu selalunya mempunyai kandungan lebih bermakna berbanding ketika sedang berkenalan.

8. Perpisahan

pasangan berpisah

Facebook juga dapat meramal bilakah sesuatu pasangan itu akan berpisah bahkan sebelum mereka menyedarinya. Ada pasangan yang melaporkan terlihat iklan laman temu janji atau dating site di newsfeed mereka beberapa bulan sebelum berpisah.

Facebook tidak meramalkan perpisahan anda berdasarkan kekerapan anda dan kekasih berkomunikasi. Sebaliknya, ia berdasarkan kepada berapa banyak mutual friends dan bagaimana hubungan anda dengan rakan karib kekasih anda. Melalui analisa berbilion-bilion data, Facebook dapat meneka berapa lamakah hubungan itu bertahan sebelum retak dan gagal.

7. Panggilan, SMS dan MMS

senarai call dan sms

Facebook menyimpan setiap perincian panggilan, SMS dan MMS termasuk nama, nombor dan tarikh. Pada 2018, beberapa pengguna Android telah memuat turun arkib data mereka yang terdapat di Facebook dan terkejut apabila semua aktiviti panggilan, SMS dan MMS mereka disimpan sejak tahun 2015.

Pengguna iOS bernasib baik kerana Apple tidak membenarkan pihak ketiga mengakses maklumat tersebut. Seperti biasa, Facebook menafikan berbuat demikian tanpa kebenaran. Facebook sebenarnya telah meletakkan syarat wajib apabila pengguna bersetuju memuat turun dan menggunakan aplikasi mereka.

Walaupun pengguna Android yang lebih baru diberi pilihan, ada beberapa pengguna mendakwa Facebook masih boleh mengakses maklumat mereka walaupun tidak bersetuju untuk berkongsi maklumat.

6. Kewujudan anda

facebook lebih kenal anda dari ibu bapa anda

Ramai orang tidak mempunyai akaun Facebook atau telah menghapuskan akaun mereka. Namun, ini tidak bermaksud mereka tidak boleh dijejaki Facebook. Aplikasi itu sebenarnya tahu tentang kewujudan mereka.

Ia berlaku apabila mereka mempunyai rakan atau kenalan yang menggunakan Facebook. Contohnya, Jika rakan anda menggunakan Facebook, segala maklumat kenalannya termasuk nombor telefon anda juga akan disimpan.

Satu shadow profile anda akan dicipta. Ia tidak dapat dilihat umum kerana hanya wujud dalam server Facebook. Semakin ramai rakan anda berdaftar dengan Facebook, semakin bertambah data shadow profile anda.

Apabila anda mula mendaftar dengan Facebook, data ini digunakan Facebook bagi mencadangkan “people you may know” walaupun anda tidak pernah memuat naik apa-apa maklumat atau mempunyai mutual friends dengan mereka.

5. Lokasi

facebook location 709

Facebook menjejaki anda menggunakan aplikasinya di telefon pintar anda. Aplikasi ini mengesan anda setiap masa walaupun ia tidak digunakan. Facebook memberi pilihan kepada semua untuk mengehadkan ciri penjejakan aplikasi atau menutup ciri itu sepenuhnya. Namun, ada yang melaporkan Facebook masih mampu mengesan mereka.

Walaupun Facebook tidak lagi bergantung kepada ciri lokasi atau location feature pada telefon anda, ia akan menggunakan hubungan Wi-Fi, alamat IP, Bluetooth, sejarah browsing, tempat anda check in dan pelbagai kandungan lain yang berkaitan dengan lokasi anda. Malangnya, anda tidak boleh menutup semua ini seperti ciri lokasi telefon anda.

4. Status kehamilan

status kehamilan

Facebook boleh mengetahui tentang kehamilan seseorang itu walaupun mereka tidak pernah berkongsikan maklumat itu di mana-mana. Ada wanita hamil melaporkan melihat beberapa iklan berkenaan kehamilan dan produk bayi walaupun mereka tidak memberitahu orang lain.

Facebook menolak untuk berkongsikan bagaimana mereka mengesan wanita hamil. Namun, ramai percaya Facebook bukan sahaja mengetahuinya mengenai kemas kini status malah juga post anda yang dilihat mungkin berkaitan kehamilan.

Menurut majalah Ad Age yang menyiasat kontroversi ini, Facebook masih menyembunyikan sesuatu tentang bagaimana mereka menjejaki wanita hamil.

3. Corak tidur

corak tidur

Facebook tahu bilakah anda sedang tidur atau terjaga. Walaupun tidak begitu mengejutkan, ia agak menakutkan. Corak tidur boleh dilihat orang lain melalui aplikasi Facebook Messenger sekiranya mereka tahu menulis coding untuk mengekstrak maklumat ini.

Facebook Messenger mengandungi ciri-ciri yang dapat mengesan ketika anda menggunakan aplikasi di mana-mana peranti anda. Dengan coding yang betul, seseorang tahu status semua orang dalam senarainya sama ada mereka online, offline atau online tetapi tidak aktif. Maklumat ini dapat menentukan corak tidur seseorang itu.

2. Kursor tetikus anda

facebook mouse cursor

Jika anda menggunakan Facebook di komputer, Facebook dapat menjejaki pergerakan kursor tetikus (mouse) anda. Semasa siasatan Kongres Amerika terhadap skandal Cambridge Analytica pada 2018, Facebook mengakui perkara ini bagi menentukan sama ada pengguna itu adalah manusia atau bot.

Sebenarnya, beberapa tahun sebelum siasatan skandal itu lagi Facebook telah mendedahkan bahawa mereka mengesan pergerakan kursor tetikus untuk mengenal pasti iklan mana yang anda klik. Malah, mereka juga tahu iklan mana yang dilalui kursor anda walaupun tidak klik pada iklan itu. Ini dapat menentukan minat seseorang itu terhadap sesuatu produk.

1. Kenalan yang terpisah

people you may know facebook

Pada 2017, seorang penulis laman web Gizmodo bernama Kashmir Hill telah menemui semula saudaranya yang terpisah apabila Facebook mencadangkan dalam "people you may know". Apa yang menjadi persoalan, mereka mempunyai nama keluarga berbeza, tiada mutual friends dan terpisah selama 35 tahun sejak Hill masih bayi.

Kashmir Hill bertemu nenek saudaranya, Rebecca Porter, melalui cadangan Facebook. Rebecca berkahwin dengan datuk saudaranya sebelum Kashmir (yang asalnya dari keluarga Potter) diserahkan kepada keluarga angkat bernama Hill.

Sebenarnya, ciri "people you may know" ini berfungsi dengan lebih rumit daripada apa yang disangkakan. Tidak hanya kenalan telefon dan profil bayangan anda, Facebook juga menggunakan lokasi, teknologi pengecaman wajah dan membeli data daripada aplikasi lain.




Hakcipta iluminasi.com (2017)