Mencapai kejayaan baru dalam teknologi sentiasa menjadi salah satu cara untuk menentukan kemajuan tamadun manusia. Dalam erti kata lain, kejayaan membina kapal seperti RMS Titanic adalah sesuatu kejayaan yang sangat besar pada permulaan abad ke-20.

w rtsil sulzer rta96 c enjin diesel terbesar dunia

Wärtsilä-Sulzer RTA96-C, enjin diesel terbesar dunia

Apabila kapal Titanic yang dicanangkan sebagai kapal yang 'tidak akan karam' itu bertembung dengan bongkah ais dan tenggelam ke dasar lautan, impian manusia dalam melihat kejayaan teknologi enjin berkuasa besar juga terkubur bersama.

Pembinaan Titanic sepatutnya bermula pada 30 April 1907 tetapi usaha itu hanya bermula pada musim bunga tahun 1909 apabila anggota utama yang menggalas bebas pada kapal itu siap dibina di limbungan kapal Harland dan Wolff di Belfast.

titanic 896

RMS Titanic

Pembinaan kapal RMS Titanic ini memerlukan tenaga kerja seramai 3,000 orang yang bertungkus lumus menyiapkannya dalam tempoh dua tahun. Mengapa tenaga kerja sebegitu ramai diperlukan adalah kerana ketika itu mereka membina sebuah objek bergerak buatan manusia paling besar di dunia.

Bayangkan apa kesan pembinaan Titanic dari segi teknologi pada waktu itu. Setiap enjinnya sebesar rumah tiga tingkat. Kapal itu sendiri seberat 66,000 tan dan panjangnya menjangkau sehingga empat blok bangunan di bandar. 

enjin salingan rms titanic

Enjin salingan RMS Titanic

Tinggi kapal itu pula adalah hampir menyamai bangunan 10 tingkat. Projek pembinaannya juga menelan belanja yang sangat besar, kira-kira hampir RM 30.9 juta apabila ia siap sepenuhnya menjelang 1912 (bersamaan dengan RM 800 juta hari ini).

Pereka kapal RMS Titanic menggunakan teknologi nautika tercanggih yang ada pada masa itu. Ia merupakan salah satu sebab mengapa kapal ini merupakan kapal terbaik dari semua segi. Selain itu, Titanic juga dilengkapi dengan enjin turbin tekanan rendah dari Parson serta enjin salingan stim yang besar.

bilik enjin titanic

Bilik enjin RMS Titanic

Reka bentuk Titanic adalah sedemikian rupa bertujuan untuk menghasilkan lebih banyak tenaga tanpa menggunakan sebarang tenaga tambahan. Enjin turbinnya akan menggerakkan kipas yang terdapat di bahagian tengah kapal dan mampu berputar sehingga 165 rpm, menjana lebih kurang 16,000 kuasa kuda.

Kedua-dua enjin salingan itu mengendalikan kipas tiga bilah yang berdiameter 23.5 kaki. Kedua-dua kipas besar ini terletak di sebelah kiri dan kanan kapal. Enjin salingan Titanic ini mempunyai keupayaan untuk mencapai 15,000 kuasa kuda bagi menggerakkan kedua-dua kipas tersebut. Seluruh jentera itu mampu mambawa kapal besar ini bergerak pada kelajuan maksimum 23-24 knot.

enjin w rtsil sulzer rta96 c

Enjin wärtsilä-sulzer rta96-c

Satu abad selepas pembinaan Titanic, manusia masih lagi bergantung kepada sistem perkapalan walaupun dunia sudah berada dalam teknologi digital. Ia merupakan perniagaan yang besar dan menguntungkan. 

Hari ini, kita menggunakan kapal hampir 400 meter panjang dan mempunyai berat tiga kali ganda lebih besar berbanding Titanic. Kapal kargo gergasi ini mampu membawa jauh lebih banyak kontena sambil mengekalkan kelajuan pada 31 knot, lebih laju daripada kelajuan RMS Titanic.

kapal emma m rsk

Kapal kargo Emma Mærsk

Apa yang membolehkan industri perkapalan sekarang untuk belayar di lautan dunia dengan kapal sebesar ini adalah pengenalan kepada enjin diesel terbesar dunia. Enjin yang dimaksudkan ialah Wärtsilä-Sulzer RTA96-C. Enjin gergasi yang dibina di Finland ini mampu mencapai sehingga 109,000 kuasa kuda bersamaan tujuh kali ganda kuasa yang dihasilkan enjin Titanic.

Enjin terbesar buatan manusia ini pertama kali dihasilkan dan digunakan untuk sebuah kapal kontena Denmark iaitu Emma Mærsk. Apabila Emma Mærsk belayar buat kali pertama pada tahun 2006, kapal itu juga merupakan kapal pengangkutan terbesar di dunia.

silinder w rtsil sulzer rta96 c

Silinder enjin wärtsilä-sulzer rta96-c

Atas banyak sebab-sebab yang lain lagi, Wärtsilä-Sulzer RTA96-C telah jauh mengatasi enjin yang digunakan pada RMS Titanic. Berat enjin ini sahaja sudah mencecah 2,300 tan manakala tingginya pula ialah 13.5 meter, setinggi bangunan empat tingkat. Enjin 109,000 kuasa kuda ini mempunyai ukuran panjang sekitar 27.5 meter.

Terdapat 14 silinder yang memenuhi ruang di dalam enjin Wärtsilä-Sulzer RTA96-C ini. Setiap silinder ini menggunakan kira-kira 200 ml bahan bakar diesel hanya untuk satu kitaran. Ini bermakna kesemua 14 silinder menggunakan hampir 2.8 liter diesel untuk satu kitaran.

w rtsil sulzer rta96 c

Wärtsilä-Sulzer RTA96-C

Dengan enjin yang berkuasa besar seperti itu, kapal-kapal gergasi seperti Emma Mærsk dapat menyelesaikan penghantaran jarak jauh seperti dari China ke Amerika Syarikat dalam masa yang lebih cepat berbanding kapal-kapal syarikat lain.

Terdapat lebih banyak lagi kapal besar di lautan dunia kini yang mempunyai enjin yang sama dengan Emma Mærsk dan banyak lagi yang akan diperkenalkan dalam perkhidmatan perkapalan.

emma maersk

Emma Maersk

Hanya masa yang akan menentukan bagaimana manusia dapat membangunkan enjin kapal dalam masa seratus tahun yang akan datang dan sejauh mana pencapaian pada masa itu berbanding apa yang kita kecapi hari ini setelah lebih 100 tahun enjin Titanic mula dibina

Rujukan:

1. Emma Maersk

2. World Maritime Affairs

3. Top Speed



Hakcipta iluminasi.com (2017)