elfira loy jatuh sakit di kuching 1

Kredit foto: Instagram Elfira Loy

Aktres Elfira Loy jatuh sakit kerana tidak memperoleh cukup rehat berikutan komitmen tingginya pada kerjaya.

Kejadian itu berlaku sewaktu aktres berusia 24 tahun ini berada di Kuching, Sarawak untuk menjayakan siri jelajah expo Mood Republik.

Berita itu dikongsikannya menerusi laman Instagram dengan memuat naik foto dirinya yang sedang mendapatkan bantuan alat pernafasan.

Difahamkan, beliau mengalami masalah semput hingga terpaksa menarik diri di saat-saat akhir walaupun sudah berada di negeri bumi kenyalang itu.

Di kesempatan sama, Elfira memohon maaf kerana tidak dapat 'turun padang' bertemu para peminat yang menantikan kunjungannya.

elfira loy jatuh sakit di kuching 2

Kredit foto: Instagram Elfira Loy

"Maaf orang Sarawak, kamek (saya) cuba kuat juak kamek (saya) sik (tak) dapat , jumpa anda semua lain kali. Tadi semua memang gamat, ramai datang .

"Kepada pasukan @moodrepublik , terima kasih kerana mendapatkan saya. Jumpa anda semua di lokasi seterusnya ! | @el.elfiraloy | BOOTH 13 .

"Ada banyak casual tops & pants yang anda boleh dapatkan," tulisnya di kapsyen.

Susulan itu, netizen mendoakan agar aktres yang juga usahawan muda ini mendapatkan rehat secukupnya serta kembali pulih seperti sediakala.


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)