Kredit foto: Instagram Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy mendedahkan akan bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi pada bulan Oktober ini.

Pun begitu, tiada tarikh spesifik yang ditetapkan buat masa ini. Malah persiapan juga masih belum bermula.

elfira loy dedah bulan pertunangan 2

Kredit foto: Instagram Elfira Loy

InsyaAllah saya dan Sufian akan melangsungkan pertunangan pada Oktober ini di kediaman keluarga saya. Namun pihak keluarga kami masih belum menetapkan tarikh sebenar majlis tersebut. Saya hanya menyerahkannya kepada keluarga saya untuk menetapkan tarikh itu nanti. Bagaimanapun, sehingga kini saya belum membuat apa-apa persiapan untuk majlis tersebut tapi saya dan ibu akan mula menguruskannya tidak lama lagi.
Sumber: Astro Gempak

Elfira membuat kenyataan tersebut di Majlis Sidang Media Maydan di Hotel Majestic Kuala Lumpur yang memperkenalkan beliau, Fazura dan Fattah Amin sebagai duta.

Mengulas mengenai tarikh perkahwinan pula, aktres itu menyerahkan kepada kata sepakat hasil perbincangan kedua-dua pihak keluarga.

elfira loy dedah bulan pertunangan 3

Kredit foto: Instagram Elfira Loy

Apa-apa perancangan selanjutnya seperti majlis perkahwinan dan sebagainya akan dibincangkan pada hari pertunangan kami nanti.
Sumber: Astro Gempak

Terdahulu, Elfira didakwa bakal melangsungkan perkahwinan pada Oktober ini menerusi laporan sebuah ruangan pojok akhbar.

Untuk rekod, pihak Sufian telahpun datang merisik Elfira beberapa bulan lalu. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)