Oleh pada 18 Feb 2018 kategori

Sumber foto: Ihsan Bomba / Astro Awani

Seorang warga emas dan seorang kanak-kanak mengalami kecederaan kerana terkena serpihan batu dari runtuhan dinding di sebuah hotel di Bukit Tinggi, Bentong awal pagi semalam.

Menerusi insiden sekitar jam 2 pagi itu, kedua-dua mangsa dilaporkan stabil dan telah dihantar ke Hospital Bentong bagi menerima rawatan lanjut.

Menurut Mohamad Afizam Md. Rafi selaku Pegawai Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Bentong, sebaik sampai di tempat kejadian, sebuah runtuhan dinding seluas 84 meter persegi dilihat berlaku di aras bawah blok H.

Dalam pada itu, 90 penduduk di blok terbabit telah dipindahkan sementara sehingga siasatan dilakukan di seluruh bangunan.

Beliau yang dihubungi semalam menambah, Blok H turut dikosongkan untuk seketika waktu.

 

Sumber berita: Kosmo Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)