che ta nafi guna populariti aaisyah dhia rana untuk kaut keuntungan 1

Sebut sahaja nama Aaisyah Dhia Rana, pasti kita semua akan terbayangkan wajah serta fesyen comel anak perempuan pasangan Che Ta dan Zain Saidin ini.

Malah, si comel ini akan muncul dengan program realitinya sendiri, Little Princess Aaisyah.

Terdahulu, Aaisyah juga pernah mendapat pelbagai tawaran dalam bidang seni sehingga ada sesetengah pihak mula mengatakan  Che Ta menggunakan populariti anaknya itu bagi mengaut keuntungan.

Kalau bayaran sesuatu program itu berbaloi, kenapa saya perlu tolak? Lagipun, duit itu dia (Aaisyah) yang punya. Saya tidak pernah ambil satu sen pun.


Tapi saya rasa tidak salah kalau dia buat duit sendiri sekarang. Semua demi masa depan dia sendiri. Orang hanya tahu mengutuk sahaja.

Kalau sudah namanya rezeki, tak salah rasanya Che Ta ingin menggunakan peluang tersebut demi kebaikan anaknya sendiri. 

che ta nafi guna populariti aaisyah dhia rana untuk kaut keuntungan 2

Kredit foto: Astrogempak

Sumber berita: Utusan OnlineBeautifulnara


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)