Kredit foto: Instagram.com/ctdk

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang baru menyambut kelahiran anak sulungnya pada Isnin lepas, memberi sebuah lagi kejutan kerana bakal melakar sejarah tersendiri dalam industri hiburan tanah air.

Beliau merupakan selebriti tempatan pertama yang memiliki aplikasi sendiri di telefon pintar. Aplikasi Siti Nurhaliza Official App itu dirasmikannya semalam di Instagram.

datuk seri siti nurhaliza artis pertama lancar aplikasi sendiri

Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, aplikasi itu menyatukan semua platform rasmi media sosial kepunyaannya, termasuk foto dan video eksklusif.

Peminatnya kini boleh memuat turun aplikasi itu di Google Playstore dan Apple App Store.

Lebih mengujakan, peminat yang memuat turun aplikasi ini bakal menerima 3,000 'stars' percuma bagi pembelian bahan kandungan eksklusif.  

Demi menghalang penyalahgunaan kandungan eksklusif itu, 'watermark' logo Selklik dan alamat emel pengguna akan dipakai, sekaligus membolehkan tindakan dikenakan ke atas pengguna yang tidak bertanggungjawab.

Sumber berita:

1. myartis.com

2. Instagram.com/ctdk




Hakcipta iluminasi.com (2017)