Datuk Hans Isaac (46 tahun) telah membuat pengumuman untuk berkahwin dengan pemenang Miss Tourism International 2012, Aileen Gabrielle Robinson (28 tahun) di Hotel Majestic, Kuala Lumpur petang semalam.

Menurut beliau, perkenalannya bersama gadis jelita itu bermula sejak tahun 2011 dan telahpun bertunang pada 29 Januari lepas di Singapura.

Saya sudah melamar Gabriella pada Januari lalu di The Cathedral of the Good Shepherd Church di Singapura. Gereja tersebut merupakan tempat yang istimewa untuk saya kerana ibu bapa saya melangsungkan perkahwinan di situ.

Kami bertemu pada tahun 2011. Saya menjadi juri untuk pertandingan ratu cantik yang Gabriella sertai. Selepas itu, kami tidak pernah bersua.

Selepas beberapa tahun, kami berjumpa dan bersahabat. Setahun yang lalu, kami mula rapat dan menjalinkan hubungan.

Dia sahabat baik saya, kami mengambil masa untuk berkenalan dan saya yakin dia adalah orangnya. Dia seorang yang baik dan saya sudah bersedia untuk menjadi suri hatinya.

Pasangan ini bakal berkahwin di  St. John Cathedral Church, Kuala Lumpur pada 29 Julai, manakala majlis resepsi pula diadakan pada sebelah malam di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.Sumber berita: Astro Gempak 




Hakcipta iluminasi.com (2017)