Oleh pada 12 Mar 2017 kategori

Ahli Silap Mata yang dikenali sebagai Criss Angel dikejarkan ke hospital setelah aksi melepaskan dirinya dari jaket yang diikat pada badannya tersebut didapati gagal untuk dirungkaikan dan menyebabkan dirinya tergantung.

Criss Angel ketika itu sedang beraksi untuk persembahan Las Vegas Mindfreak yang berlangsung secara live pada hari Jumaat lepas. Siaran tersebut hanya bermula dalam 10 minit sahaja sebelum kejadian tersebut berlaku. Persembahan untuk meloloskan diri dari jaket tersebut dengan pergelangan kaki diikat pada tali dan dibiarkan tergantung secara terbalik telah gagal apabila beliau tidak dapat membebaskan diri dari jaket tersebut. Setelah dua minit bergelut untuk membebaskan diri tetapi tidak berjaya juga maka beliau telah diturunkan oleh krunya ke bawah pentas di Luxor Hotel. Tirai di pentas tersebut terus ditutupkan ketika beliau berjaya diturunkan, dan didapati ada yang menyatakan bahawa beliau tidak sedarkan diri ketika diturunkan.  

Beliau dikatakan telah dibawa ke hospital berdekatan namun tiada kecederaan serius yang berlaku dan boleh keluar hospital pada malam itu juga.




Hakcipta iluminasi.com (2017)