Oleh pada 14 Apr 2017 kategori

erectile dysfunction diagnosing 0 23

Dewasa ini, ramai yang sudah mempunyai insurans diri dan kad perubatan, yang memberikan banyak manfaat kepada kita. Terima kasih kepada agen-agen insurans yang tak pernah kenal erti penat berkongsi tentang manfaat dan kepentingan mempunyai insurans diri. Mungkin di Malaysia kesedaran mengenai insurans diri masih kurang, kerana kita masih dibantu oleh kerajaan dengan membina hospital awam dan hanya perlu membayar RM1 sebagai pesakit.

Namun, di negara luar seperti Amerika Syarikat atau Australia, insurans diri amatlah penting, kerana kos rawatan dan ubat-ubatan adalah sangat mahal. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, mereka akan menanggung kos rawatan mencecah ribuan, ataupun lebih parah lagi mencecah puluhan ribu ringgit. Bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku, mereka lebih berjaga-jaga, lantas membeli polisi insurans tersebut.

hospital columbia

Juga, perlu diingatkan, walaupun anda mempunyai kad perubatan, cara penggunaannya yang betul amatlah penting bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Ia juga dapat memberikan anda memanfaat insurans diri ke tahap yang maksima. Barulah berbaloi anda membayar sejumlah wang setiap bulan.

Iluminasi.com ingin berkongsi tips dan cara-cara menggunakan kad perubatan yang diberikan oleh agen insurans Ku Abdul Muhaimin berdasarkan kes sebenar dan beliau mahu orang ramai mengambil tahu serba sedikit cara menggunakan kad perubatan dengan betul.

Semoga memberi manfaat kepada semua.

1. Kenalpasti Penyakit

s4

Ini perlu untuk orang yang baru membeli polisi dan terus mahu gunakan kad perubatan. Sebabnya adalah setiap penyakit mempunyai 'Waiting Period' tersendiri. Sekiranya berlaku kemalangan, anda boleh terus menggunakan kad tanpa sebarang masalah. Bagi demam dan apendik pula, selepas sebulan anda sudah boleh gunakan kad perubatan tersebut. Bagi penyakit-penyakit yang lain, anda perlu menunggu selepas 4 bulan tempoh menunggu. Oleh itu, kenalpasti terlebih dahulu apakah masalah anda. Jangan suka-suka masuk hospital swasta begitu sahaja, takut-takutnya tak dapat nak gunakan kad tersebut.

2. Terus ke unit kecemasan

unit kecemasan

Apa jua jenis penyakit, doktor yang berada di unit kecemasan akan memeriksa dan mendiagnos penyakit anda sebelum dibenarkan untuk diterima masuk ke hospital. Ada sesetengah orang yang tersalah faham, asalkan sakit sahaja, mesti boleh masuk hospital. Bukan semua penyakit akan dapat admit. Ianya berdasarkan atas laporan dan diagnos doktor yang merawat.

Sedikit tips saya berikan, tapi jangan beritahu orang lain yang malas membaca, iaitu walaupun anda sudah ada penyakit itu sebelum ini, sewaktu di unit kecemasan amatlah perlu untuk anda katakan yang anda baru sahaja sakit. Ini ialah untuk memudahkan kerja Guarantee Letter (GL). Kalau rasa tak nak guna tips ni pun tiada salahnya, saya cuma berkongsi pengalaman menguruskan pelanggan-pelanggan saya.

3. Pastikan kad perubatan ada bersama 

kad perubatan1

Sekiranya kad tiada bersama anda, jangan risau, anda hanya perlu berikan nombor kad pengenalan dan nama syarikat takaful anda kepada kaunter pendaftaran.

Juga, ramai orang yang keliru sama ada perlu memberikan wang pendahuluan atau tidak. Mengikut pengalaman saya, walaupun anda mempunyai kad perubatan sekalipun, anda tetap perlu memberikan wang pendahuluan, dan biasanya ia berjumlah dalam lingkung ialah RM 300 - RM 500. Sediakan terlebih dahulu ya.

Proses untuk ketahui status GL mengambil masa selama 1 jam 45 minit (ini kalau menelefon servis pelanggan syarikat insurans, tetapi alhamdulillah, untuk Great Eastern Takaful, purata masa yang diperlukan adalah dalam 15 hingga 40 minit sahaja, dan dikira antara yang terpantas). Wang pendahuluan yang anda berikan itu akan diterima semula sekiranya kad perubatan anda tanpa ko-takaful

4. Laporan

laporan kesihatan

Pihak hospital perlu menghantar laporan lengkap kepada syarikat insurans. Syarikat insurans akan menganalisa kes dan memberi maklum balas berkenaan dengan status GL. Proses ini memerlukan agen untuk mempercepatkan kelulusan GL. Anda perlu menelefon pihak insurans untuk memastikan mereka telah menerima laporan dari doktor. Sekiranya semua sudah lengkap, anda hanya perlu tunggu dan rehat.

Jika ada yang tidak lengkap, ia akan memperbanyakkan kerja anda atau agen anda. Selagi laporan tidak lengkap, jangan berharap 15min hingga 40min untuk mendapat kelulusan GL. Mungkin akan mengambil masa sedikit sehingga laporan betul-betul lengkap. Kesemua laporan adalah tanggungjawab doktor dan pihak hospital. Agen anda cuma boleh bantu follow-up untuk mempercepatkan urusan laporan sahaja

5. Pelepasan keluar (discaj)

discaj

Sebelum discaj keluar dari hospital, anda perlu dapatkan :

• Ringkasan discaj (Discharge Summary)

• Bil akhir yang asli (Original Final Bill)

•  Surat cuti sakit (Medical Certificate) 

• Laporan penuh

Ini untuk memudahkan urusan permohonan Elaun Hospital dan sekiranya perlu buat apa-apa jenis tuntutan.

6. Bersyukur

Buatlah sujud syukur kerana anda telah selamat daripada ujian penyakit dan ujian wang ringgit. Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak Allah S.W.T akan berikan nikmat pada kita. InsyaAllah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua


tags : , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)