Oleh pada 02 Jan 2020 kategori

apa yang dimaksudkan dengan nato

(NATO)

NATO adalah akronim kepada North Atlantic Treaty Organization atau Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara. Ia terdiri daripada 29 negara anggota dari Eropah, Eurasia dan Amerika Utara.

Perikatan ini diasaskan terutamanya atas prinsip-prinsip apa yang disebut oleh NATO sebagai 'pertahanan kolektif'.

Negara-negara ini adalah "rakan" yang mempertahankan satu sama lain apabila diperlukan, tetapi hubungan mereka lebih dalam daripada itu.

NATO berkata bahawa ia terbuka kepada anggota Eropah baru, selagi mereka "melanjutkan prinsip Perjanjian ini dan menyumbang kepada keselamatan kawasan Atlantik Utara."

apa yang dimaksudkan dengan brics 499

(BRICS)

Bagi BRICS pula, ia merupakan singkatan untuk negara Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (South Africa). Dahulu ia dikenali sebagai BRIC, sehinggalah Afrika Selatan menyertai mereka pada tahun 2010.

Jadi, apakah perbezaan kedua-dua perikatan ini dan perbandingan mereka? 

Pertama sekali, anda mungkin tertanya-tanya bagaimana dua perikatan ini boleh dibandingkan jika satu adalah perikatan gergasi dan satu lagi agak kecil.

Perlu diketahui bahawa ini adalah perbandingan hanya untuk membantu anda memahami lebih lanjut tentang kedua-dua organisasi.

Sejarah pertubuhan NATO dan fungsinya

sejarah pertubuhan nato

NATO ditubuhkan oleh 12 buah negara pada tahun 1949. Negara-negara tersebut adalah Belgium, Kanada, Denmark, Perancis, Iceland, Itali, Luxembourg, Belanda, Norway, Portugal, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Greece dan Turki datang kemudian pada tahun 1952. Jerman Barat menyertai pada tahun 1955 tetapi apabila Jerman disatukan semula pada tahun 1990, ia membawa Jerman Timur ke dalam NATO.

Dalam beberapa tempoh, negara-negara lain mula menyertai seperti Sepanyol, Republik Czech, Hungary, Poland, Bulgaria, Estonia, Latvia, Luthuania, Romania, Slovakia, Albania, Croatia dan yang terakhir adalah Montenegro pada tahun 2017.

Sesetengah negara agak lambat menyertai NATO kerana mereka terikat dengan Perjanjian Warsaw atau bagi kes seperti Montenegro, ia disebabkan ia merupakan sebahagian daripada Yugoslavia.

negara negara nato 2

(Negara anggota NATO)

Serbia tidak menyertai perikatan ini kerana menurut NATO, tidak seperti rakan Balkan Barat yang lain, Serbia tidak bercita-cita untuk menyertai NATO namun ia mahu kekal bersahabat.

Negara-negara seperti Australia dan New Zealand adalah sekutu NATO tetapi tidak berada di dalamnya.

Turki adalah satu-satunya negara dalam perikatan ini yang merupakan negara 2 benua yang biasa dipanggil sebagai Eurasian kerana sebahagian besarnya terletak di Asia dan sebahagian kecil di Eropah.

Jadi, adakah NATO hanya berkenaan dengan melindungi setiap anggota dan tidak memulakan perang baharu? Mungkin.

Ia juga merupakan peluasan Pelan Marshall untuk membina perdagangan antara negara-negara dan juga mengumpulkan mereka di satu pihak menentang musuh Amerik Syarikat iaitu Komunisme. 

Kebanyakan penganalisis bersetuju bahawa dengan menyertai kumpulan ini bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi negara, tetapi juga membantu untuk membantu dari segi pendidikan, inovasi, dan keusahawanan.

Sejarah pertubuhan BRICS dan fungsinya

sejarah pertubuhan brics

BRICS pula adalah sebuah kerjasama yang dimulakan pada tahun 2006 apabila mesyuarat pertama BRIC diadakan. Tujuan paling utama BRIC adalah seperti NATO iaitu membantu anggota-anggotanya, tetapi kurang menekankan pada pertahanan.

Ahli-ahli BRIC akan saling menyokong antara satu sama lain berkenaan dengan ekonomi, perniagaan dan perdagangan, pendidikan, pertanian, kesihatan, teknologi, sains dan seni.

Hal melibatkan pertahanan sudah tentu merupakan hal yang melibatkan ekonomi, jadi kedua-dua ini sesekali bertembung.

Tabung Kewangan Antarabangsa berkata bahawa negara-negara BRICS bersama-sama mengawal kira-kira 22% daripada KDNK dunia.

negara anggota brics

(Negara anggota BRICS)

Dari segi populasi, 5 negara ini merangkumi sekitar 42.58% daripada populasi dunia iaitu seramai lebih dari 3 bilion orang.

Bagi NATO, ia adalah lebih kecil dari populasi dengan sekitar 880 juta orang. Dan menurut PBB, populasi China dan India akan melonjak naik sementara Nigeria akan melepasi Amerika Syarikat dari segi populasi.

Jadi, dari segi jumlah manusia, BRICS meninggalkan NATO dengan begitu jauh.

Ekonomi NATO vs BRICS

ekonomi negara nato

Negara-negara BRICS dikatakan lebih berkembang daripada beberapa negara-negara berkuasa dan maju dalam NATO, yang mana merupakan negara-negara yang telah kaya dan berkuasa untuk waktu yang lama serta telah menggunakan kekuatan tentera empayar di seluruh dunia selama bertahun-tahun biasanya dengan cara yang dahagakan darah.

Tetapi inilah yang memberi NATO banyak kuasa, dan industri serta inovasi yang lebih baik. Menurut laporan NATO, KDNK setiap negara NATO hampir mencecah USD38 trilion dolar (RM155 trilion). 

Sebahagian besar daripada jumlah ini disumbangkan oleh AS, dengan Jerman, Perancis dan UK juga antara yang terkuat dari segi ekonomi.

BRICS berada sedikit di belakang dengan sekitar USD17 trilion (RM69.5 trilion) yang dipimpin oleh China.

ekonomi negara brics china

(China memimpin ekonomi BRICS)

Tiada siapa yang dapat meramalkan dengan tepat apa yang akan berlaku kepada ekonomi kedua-dua perikatan dalam tempoh 15 atau 20 akan datang, tetapi kebanyakan ahli ekonomi melihat BRICS akan terus mengejar.

Ramai yang beranggapan bahawa menjelang tahun 2030, ekonomi China akan mengatasi AS, manakala India tidak ketinggalan di tempat ketiga.

Rusia, Jepun dan Indonesia akan berada di belakang India tetapi dengan ekonomi yang jauh lebih kecil.

Dan walaupun Brazil akan menjadi negara 10 teratas dari segi ekonomi, ia juga berlaku kepada negara NATO seperti Jerman, UK dan Perancis. 

Namun, ada juga yang menyatakan ini hanyalah ramalan dan tidak semestinya tepat, seperti yang ditulis oleh The Guardian yang mana ia merujuk kepada perkara ini dengan mengatakan "Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan tampaknya gagal untuk menjadikan ramalan penguasaan abad ke-21 satu kenyataan,".

Masalah dihadapi BRICS

kemiskinan di negara brics india

Satu lagi masalah yang dihadapi oleh BRICS adalah rasuah yang berleluasa dan ini secara amnya dilihatkan sebagai sesuatu yang buruk bagi kemajuan sosial dan ekonomi.

Negara-negara BRICS juga masih dibelenggu kemiskinan, walaupun kelas menengah sedang berkembang.

Sebagai contoh, India. Menurut buku terbaru "India Conquered – The Chaos of Empire", India masih mempunyai sistem kasta yang menindas dan perbezaan jurang kekayaan yang teruk.

Ini secara umumnya dilihat sebagai sesuatu yang menyekat mobiliti sosial . Buku ini juga menyatakan bahawa sistem kasta India adalah masalah utama di negara ini ketika India cuba untuk membangun.

Seorang penganalisis ekonomi di University of Cambridge baru-baru ini menyatakan bahawa terdapat kemajuan dalam hal ini dengan menulis, "Walaupun terdapat halangan ini, bukti dari kaji selidik sampel perwakilan negara menunjukkan bahawa terdapat penumpuan antara kasta dan kasta yang lebih rendah dalam hal-hal pendidikan dan pekerjaan sejak beberapa dekad lalu,".

masalah negara nato

Perlu dinyatakan juga bahawa NATO juga mempunyai masalah ini di mana sistem kelas Britain masih wujud, bank-bank makanan masih menjadi perkara biasa dan golongan miskin sering tinggal di bandar-bandar yang penuh dengan kedai-kedai amal dan kedai runcit diskaun.

Sementara itu, Amerika Syarikat dikatakan mempunyai "dunia ketiga" atau "dunia membangun" di dalam sebuah negara yang sangat maju.

Ketenteraan NATO vs BRICS

ketenteraan nato vs brics

Dari segi ketenteraan , anda pastinya menyedari bahawa NATO memiliki anggota-anggota yang paling kuat, sebahagian besarnya kerana AS membelanjakan jumlah wang yang begitu banyak untuk pertahanan.

NATO menyatakan bahawa jumlah perbelanjaan pertahanan untuk semua anggotanya pada tahun 2017 adalah hampir USD946 bilion manakala jumlah peruntukan pertahanan BRICS hanyalah 30% daripada NATO iaitu sebanyak USD286.4 bilion.

Adalah mustahil untuk kita senaraikan betapa kuatnya setiap negara secara individu, tetapi kita tahu bahawa Rusia tersangat kuat dari segi pertahanan.

jumlah tentera china yang tersangat ramai

Kedua-dua China dan India juga dilihatkan sedang meningkatkan jumlah kekuatan tentera mereka pada kadar yang begitu pantas.

Namun, kita juga tahu bahawa AS tidak akan berhenti berbelanja untuk ketenteraan, sementara UK, Perancis, Jerman, Italy dan Turki juga mempunyai pasukan tentera yang kukuh.

Dari segi kekuatan nuklear, sebahagian besarnya dikuasai oleh Rusia dan AS, dan akibat daripada pertempuran seperti ini dilihatkan sangat memusnahkan bagi semua.

Jadi, adakah BRICS akan mengatasi NATO dari segi kekuatan kolektif, atau adakah ia masih kekurangan dalam kemajuan tertentu?

Rujukan:

1. Eugen System

2. Military Stuff

3. Hotstream



Hakcipta iluminasi.com (2017)