Oleh pada 23 Apr 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @farhatulfairuzah

Biodata

1. Pemilik nama penuh Nor Farhatul Fairuzah Panut.

2. Berusia 19 tahun.

3. Berasal dari Sepang, Selangor.

4. Membuka mata ramai selepas menjuarai pertandingan Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa, Sabtu lalu. Kakaknya, Nor Faizah pula diangkat sebagai naib johan.

5. Anak bongsu daripada lima beradik.

6. Anak kepada pasangan Allahyarham Haji Panut Markum (bapa) dan Hajah Jaliah Simin (ibu) yang juga merupakan bekas qari dan qariah.

7. Sedang mengikuti pengajian tingkatan enam di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan.

8. Bercadang meneruskan pembelajaran dalam bidang al-Quran dan syariah.

9. Mula mempelajari tarannum sedari umur lima tahun.

10. Pembabitannya dalam pertandingan tilawah bermula seawal tujuh tahun. Malah sebenarnya, kesemua adik-beradiknya juga aktif melibatkan diri dalam pertandingan sedemikian.

11. Mempunyai kecintaan yang mendalam terhadap Quran kerana sering membaca kitab suci itu selesainya solat fardu.

12. Pantang minuman berais kerana ingin menjaga suara.

13. Menyimpan impian untuk bergelar pensyarah dalam bidang al-Quran. Juga ingin membuka kelas pengajian tarannum, suatu masa kelak.

14. Atas kemenangannya di Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur minggu lalu, dirinya meraih ganjaran berupa jongkong emas bernilai RM70,000, wang tunai sejumlah RM40,000 berserta piala iringan.

Foto

biodata farhatul fairuzah juara tilawah al quran peringkat antarabangsa 2019 2

biodata farhatul fairuzah juara tilawah al quran peringkat antarabangsa 2019 3

biodata farhatul fairuzah juara tilawah al quran peringkat antarabangsa 2019 4

biodata farhatul fairuzah juara tilawah al quran peringkat antarabangsa 2019 5

biodata farhatul fairuzah juara tilawah al quran peringkat antarabangsa 2019 6

Kredit foto: Instagram @farhatulfairuzah

Video

Kredit video: Youtube Ar-Rahman TV

Sumber:

1. Astro Awani

2. Utusan

3. Kosmo




Hakcipta iluminasi.com (2017)