Oleh pada 15 Apr 2019 kategori

Kredit foto: Facebook Mohd Ashraf & Facebook Denny Lang

Biodata

1. Nama lengkapnya, Mohammad Ashraf Hassan.

2. Mesra disapa Acap.

3. Berusia 29 tahun.

4. Menetap di Muar, Johor.

5. Bekerja sebagai Juruteknologi Makmal di Klinik Kesihatan Daerah Muar, Johor.

6. Meminati serta kerap menyertai aktiviti sukan lasak.

7. Mempunyai pengalaman yang luas dalam sukan 'outdoor' di mana beliau pernah mendaki sehingga tujuh gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia, malah turut menawan gunung-gunung di luar negara termasuk Indonesia.

8. Merupakan anak kelima daripada tujuh bersaudara.

9. Abangnya, Mohd Zahiruddin Hassan berusia 35 tahun, manakala ibunya, Siti Maznah Khamis berumur 62 tahun.

10. Ibunya yang mempunyai masalah kesihatan jantung, menyifatkan Acap sebagai seorang anak yang rajin, prihatin serta sering menemaninya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

11. Sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita yang dikenali sebagai Hamiza. Perkongsian hidup mereka sehingga kini dikurniakan seorang anak kecil berusia setahun setengah.

12. Dilaporkan hilang ketika menyertai acara larian lasak, Gopeng Ultra Trail 2019 (GUT19) bagi penganjuran tahun ketiga di kawasan Gua Tempurung. Beliau disedari 'ghaib' oleh rakannya, Mohd Farid Md Kamal, 32, selepas tidak sampai ke garisan penamat pada jam 2 petang, 23 Mac lalu. Laporan polis dibuat sekitar pukul 1 pagi, hari berikutnya.

13. Sehingga kini beliau masih belum ditemui meskipun usaha mencari telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak termasuk pasukan penyelamat, sukarelawan, pengamal perubatan dan ustaz. Segala kepakaran dan teknologi turut digunapakai.

14. Juga tiada sebarang petunjuk baharu selain hanya botol air yang digunakan pemuda berkenaan.

15. Pada 13 April, polis akhirnya melancarkan Ops Kesan khas sebagai usaha mencari Acap secara besar-besaran dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman bersama seramai 170 anggota dan pegawai polis, termasuk dari Bukit Aman dan unit anjing pengesan K9.

Foto

biodata acap peserta gopeng ultra trail yang dilaporkan hilang 2 982

biodata acap peserta gopeng ultra trail yang dilaporkan hilang 3

biodata acap peserta gopeng ultra trail yang dilaporkan hilang 4 414

biodata acap peserta gopeng ultra trail yang dilaporkan hilang 5 543

biodata acap peserta gopeng ultra trail yang dilaporkan hilang 6 70

Kredit foto: Facebook Mohd Ashraf & Facebook Denny Lang

Video

Kredit video: Youtube Thinker Studios

Sumber:

1. Astro Awani

2. Berita Harian [1, 2, 3, 4]

3. Harian Metro [1, 2, 3, 4]

4. Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)