telur ayam

Tidak pasti di Malaysia tetapi sekiranya pernah ke luar negara, anda pasti melihat terdapat dua jenis telur ayam yang dijual - berwarna coklat dan putih.

Kedua-dua jenis telur ayam ini menimbulkan perdebatan telur yang manaka lebih berkhasiat dan berbaloi untuk dibeli. Apa yang pasti, harga telur ayam yang berwarna coklat lebih mahal daripada telur ayam berwarna putih.

Baka Ayam

jenis ayam

Telur ayam yang berwarna putih ini dihasilkan oleh ayam yang mempunyai bulu berwarna putih manakala telur ayam berwarna coklat yang biasa kita lihat dijual dihasilkan oleh baka ayam yang berbulu coklat atau perang.

Di Malaysia, ayam berwarna putih ini amat jarang ditemui dan ini memberikan sebab mengapa telur ayam berwarna putih amat tidak dijual di pasar raya.

Kandungan Nutrisi

Sementara itu, ada pendapat yang mengatakan bahawa telur ayam berwarna coklat lebih mahal kerana ianya mengandungi kandungan omega-3 yang lebih tinggi daripada telur berwarna putih.

Tro v. Bui, seorang pakai haiwan daripada Cornell Universiti berkata, tiada perbezaan ketara antara kandungan nutrisi telur putih atau telur coklat. Berkenaan kandungan omega-3 pula, perbezaan antara kedua jenis telur ini pula terlalu sedikit.

telur 941

Sekiranya tiada perbezaan ketara antara kandungan nutrisi kedua-dua jenis telur ini, mengapakah telur berwarna coklat dijual lebih mahal daripada telur putih?

Secara puratanya, saiz telur berwarna coklat ini lebih besar daripada telur putih dan ini mungkin menyebabkan ianya dijual lebih mahal. Lagipun persepsi masyarakat bahawa telur coklat lebih baik daripada telur putih mungkin juga menyebabkan ianya boleh dijual dengan harga lebih mahal daripada telur putih.


tags : , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)