Oleh pada 03 Dec 2022 kategori

Dalam menceritakan perbezaan mazhab yang berbeza pendapat bidang Fiqah mengikut Islam, perbezaan yang ketara kadangkala boleh mewujudkan konflik dalam masyarakat. 

Seperti di Malaysia wujud pihak yang sering mempersendakan pegangan kuat kita kepada mazhab Shafie, tetapi membayar zakat dengan menggunakan beras yang tidak selari dengan anjuran Imam besar tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Salah satu perbezaan terbesar yang jauh lebih ketara perbezaannya, adalah berkaitan tabiat makan makanan laut. Tahukah anda dalam cabang sesetengah aliran Mazhab masyarakat Islam, memang ada pegangan yang melarang orang Muslim makan hasil hidupan laut?

Pandangan Imam Shafie memudahkan masyarakat kita

seafood mazhab hanafi

Salah satu polemik yang jarang kedengaran di kalangan masyarakat kita berkait dengan status hidupan laut sebagai bahan makanan. 

Mazhab Shafie yang diikuti di Malaysia walaupun mempunyai reputasi sebagai aliran mazhab paling tegas dalam pelbagai aspek kehidupan, mengambil pendekatan sangat mudah dalam perbezaan pendapat berkaitan makanan laut.

Bagi Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Shafie atau lebih dikenali sebagai Imam Shafie, kesemua makhluk yang hidup dalam lautan atau air sepenuhnya kecuali haiwan yang mampu hidup di darat dan juga laut seperti penyu, adalah halal untuk dimakan. Pendapat ini turut dipegang Mazhab Hanbali.

Bagaimanapun, aliran mazhab Hanafi berpegang kepada pendapat yang berbeza berbanding apa yang diikuti kita. Berapa besar perbezaannya?

Sangat jauh berbeza! Sehinggakan ada di kalangan masyarakat dunia yang tidak memahami perbezaan mazhab di kalangan masyarakat Islam, mempunyai tanggapan umat Islam secara keseluruhannya tidak dibenarkan makan hidupan laut.

Apakah pandangan mazhab Hanafi?

udang galah haram mazhab hanafi

Bagi mereka yang berpegang kepada pendapat Imam Malik dan Imam Hanafi, wujud beberapa kekangan yang perlu difahami dalam isu ini.

Mazhab Hanafi merupakan aliran paling 'keras' pendapatnya, hanya membenarkan pemakanan ikan sahaja. Sementara semua haiwan lain yang tidak menyerupai ikan seperti sotong, udang dan ketam adalah bahan makanan yang dikategorikan tidak halal, berdasarkan pandangan Imam Hanafi.

Ini kerana menurut pandangan Imam Hanafi, beliau berpegang kepada tafsiran bahawa Rasulullah saw. secara jelas hanya pernah dicatat menyebut tentang ikan dalam hadis-hadis Baginda sebagai makanan, tidak pernah menyebut tentang makhluk lautan atau air lain.

Larangan mazhab Hanafi ini turut meliputi makhluk hidup lain seperti kerang, lala, tiram, kupang dan sebagainya.

Kecuali belut. Pendapat ini turut disokong penemuan sains yang mengkategorikan belut tergolong dalam keluarga ikan, dalam spesis yang dinamakan Anguilliformes.

Pasti ramai tak sedar larangan ini wujud kan? 

fatwa makanan laut haram

Dah lama menetap di Malaysia yang berpegang kepada pendapat Imam Shafie, kita tidak terlibat dalam perbincangan berkenaan isu status halal haram makanan laut kerana kita sudah sedia dibolehkan makan kesemuanya, kecuali yang jelas diharamkan.

Tetapi di negara yang mengamalkan mazhab Hanafi secara meluas seperti Turkiye, Mesir, Afghanistan, Kazakhstan, Bangladesh dan juga Pakistan, fatwa yang melarang atau mengharamkan pengambilan makanan laut adalah satu perkara biasa.

Badan utama pewartaan fatwa negara Turkiye iaitu DIYANET perlu mengeluarkan kembali kenyataan peringatan pada bulan Ogos tahun 2021 bagi memperjelaskan kembali fatwa pengharaman pengambilan makanan laut.

Jadi seandainya ada pelancong luar beragama Islam yang datang dari negara yang mengamalkan mazhab Hanafi ke Malaysia, janganlah terkejut pula seandainya mereka menolak ajakan kita untuk makan sup ketam, walaupun kita sama-sama beragama Islam.

Rujukan




Hakcipta iluminasi.com (2017)