Bekas pramugara Malaysia Airlines yang menyeludup lebih daripada 2.5 kilogram dadah jenis heroin ke Melbourne dengan cara dengan begitu "cuai" telah dijatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 3 tahun.
Fariq Aqbal Omar yang berusia 34 tahun berjalan melalui Lapangan Terbang Melbourne dengan bonjolan berbentuk segi empat sama terbonjol keluar melalui seluar dan jaket pakaian seragamnya pada Mei 2018.
BESARKAN TEKS A- A+
Rupa-rupanya, bonjolan tersebut merupakan 10 paket heroin tulen dengan nilai jalanan melebihi RM12 juta.
Apa yang menarik adalah perkara ini tidak disedari oleh pihak berkuasa di mana dia melepasi kastam selepas mendarat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur.
Akan tetapi, nasib tidak menyebelahi Fariq selepas dia dilihat memasuki tandas dengan beg pakaiannya melalui rakaman CCTV, seterusnya memindahkan ketulan dadah tersebut ke dalam begnya.
Dia ditangkap selepas Australian Border Force menyedari akan tingkah lakunya yang aneh dan meminta dia serta kakitangan MAS yang lain daripada bas mereka untuk kembali ke ruang bagasi.
Mengejutkan, apabila dihampiri oleh pegawai kastam yang kemudiannya bertanyakan apa yang berada di dalam pakej tersebut, Fariq berkata, "Saya tak pasti, tapi saya rasa ia adalah dadah,".
Fariq kemudian memberitahu bahawa dia dibayar RM2,000 untuk membawa masuk pakej itu, di mana ia diberikan oleh seorang lelaki di bilik hotelnya.
Menurut sumber, Fariq yang mempunyai isteri dan 2 orang anak di Malaysia memberitahu bahawa beranggapan barang tersebut adalah "shisha" atau tembakau.
Ketika menjatuhkan hukuman, hakim Wendy Wilmoth berkata bahawa motif Fariq melakukannya adalah sama dengan kes biasa iaitu jangkaan keuntungan kewangan, walaupun dalam kes ini keuntungan kewangan adalah sangat kecil.
"Ia dilaksanakan dengan begitu cuai," kata Wendy Wilmoth.
Wendy juga menyedari bahawa bayaran RM2,000 yang diterima mampu menanggung bayaran sewa beli rumah Fariq selama sebulan di Malaysia.
Fariq mungkin mengetahui pakej yang diterima mengandungi dadah, tetapi mungkin tidak mengetahui ia adalah heroin.
Hukuman yang dijatuhkan adalah 5 tahun dan 6 bulan penjara tetapi mesti menjalani sekurang-kurangnya 3 tahun sebelum dibenarkan bebas secara parol.
Berikutan hukuman itu, peguam Fariq Aqbal Omar berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka mencari hukuman paling rendah untuk jenayah "cuai" tersebut.
"Orang ramai beranggapan bahawa hukuman ke atas pengedaran dadah ke Australia adalah ringan berbanding dengan negara-negara seperti Malaysia dan Singapura di mana hukuman mati diperuntukan," kata peguam Thomas Mathew dan Martin Kozlowski.
Dalam kes klien kami Fariq, dia digunakan secara efektif sebagai keldai dadah dengan bayaran minimum, tidak mempunyai pengetahuan tentang operasi sindiket itu dan kesalahan itu sendiri dilakukan secara tidak cekap dan berpengalaman.