burung kakak tua

Bagi peminat burung, burung kakak tua biasanya menjadi pilihan untuk dijadikan haiwan peliharaan di dalam sangkar memandangkan warna bulunya yang unik dan menarik. Satu lagi ciri menarik yang ada padanya adalah kemampuannya untuk meniru percakapan manusia.

Walau bagaimanapun, itu tidaklah bermakna burung ini memahami percakapan manusia atau mampu "bercakap" seperti manusia. Sebaliknya, ia mampu meniru dan mengulangi percakapan manusia. Pernahkah anda tertanya, apakah rahsia di sebalik ciri atau kemampuan unik burung kakak tua ini?

Adaptasi dengan keadaan sekeliling

burung kakak tua malu apa bossku

Sekiranya anda tidak tahu, burung kakak tua ini mempunyai kemampuan untuk meniru bunyi burung lain. Ini merupakan salah satu cara untuk burung ini bersosial dan menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan burung-burung lain.

Namun, apabila burung ini diletakkan di dalam sangkar, ia tidak mempunyai pilih pilihan selain mengadaptasi dengan persekitarannya. Dalam hal ini, ianya akan meniru percakapan manusia. Dengan meniru percakapan manusia, burung ini percaya mereka akan menjadi sebahagian daripada komuniti manusia itu sendiri.

Walau bagaimanapun, kebolehan burung ini meniru percakapan manusia bukanlah kebolehannya yang semulajadi. Ya, benar. Sebaliknya, pemilik burung ini perlulah mengajarnya untuk meniru percakapan mereka. Paling baik jika ianya diajar sejak daripada kecil.

Setiap jenis burung kakak tua mempunyai kemampuan berlainan

african grey

Terdapat puluhan jenis kakak tua antaranya burung kakak tua Amazon, Budgerigar, African Grey dan banyak lagi. Menariknya, setiap jenis burung kakak tua ini mempunyai kesukaran berbeza untuk dilatih bagi meniru percakapan manusi. 

Untuk spesis burung kakak tua Amazon dan Budgerigar misalnya, anda boleh mula melatihnya meniru percakapan anda dengan mengulang-ulang ayat yang sama setiap hari. Sebagai contoh, pada waktu pagi ucapkan padanya "Selamat pagi" dan pada waktu malam, ucapkan padanya "Selamat malam".

Sama juga ketika memberikannya makan. Biasakan juga memberi tahunya makanan yang diberikan misalnya anggur, epal, epal, air dan sebagainya. Sekiranya anda ingin membawanya kemana-mana, katakan padanya anda hendak membawanya ke tempat tersebut. Contohnya, "Kita akan ke dapur".

Dalam erti kata mudah, anda perlulah mengajar burung ini meniru percakapan anda seumpama anda mengajar anak-anak anda bercakap. Namun, pastikan setiap sebutan perlulah jelas dan tidak pelat. Jika pelat, maka pelatlah bunyi setiap perkataan yang dituturkan oleh burung anda kelak.

burung cantik

Pada peringkat awal, perkataan-perkataan yang keluar daripada mulut burung ini mungkin tidak berapa jelas. Namun, lama-kelamaan apabila anda kerapa mengulangi perkataan-perkataan yang sama, ianya akan semakin jelas.

Bagi spesis Budgerigar pula, mereka mungkin mampu meniru percakapan manusia seawal usia 6 bulan. Bagi spesis African Grey pula, ianya mungkin mengambil masa yang lebih panjang sekitar 9 bulan sehingga 1 tahun.

Bagi jenis Amazon pula, ianya biasa banyak berkata-kata untuk beberapa tahun pertama sahaja. Bagi yang sudah berumur atau tua, ianya mungkin tidak akan belajar untuk meniru percakapan manusia lagi sekiranya ia tidak pernah diajarkan pada usia yang muda. Malah, untuk sesetengah kes terdapat juga burung yang langsung tidak mahu belajar meniru percakapan manusia.

Apabila seekor burung tersebut sudah mampu meniru beberapa perkataan, maka ianya menjadi lebih mudah untuk mengajarnya perkataan atau ayat-ayat baru. Bagi memudahkannya, setiap perkataan atau ayat tersebut perlulah diulang-ulang beberapa kali dalam sehari.

Selain itu, terdapat juga pita rakaman ataupun cakera padat yang dapat membantu burung anda meniru perkataan dan ayat dengan memainkannya selama beberapa minit setiap hari beberapa kali sehari. Burung ini juga berkemampuan meniru ayat dan perkataan yang sering didengarinya daripada radio atau televisyen.

Rahsia kemampuan burung kakak tua berkata-kata

burung bercakap 639

Berbanding burung lain yang mampu menghasilkan bunyi tertentu, burung kakak tua dianggap unik kerana mampu meniru perkataan-perkataan yang dituturkan oleh manusia. Selama bertahun lamanya, para saintis cuba merungkaikan apakah rahsia burung kakak tua ini mampu berbuat demikian.

Menariknya, para saintis menemui terdapat keunikan pada struktur atau bahagian otak burung ini yang menjadikannya teori awal bagaimana burung ini boleh bertutur seperti manusia. Buat masa ini para saintis belum menemui jawapan yang konkrit tetapi sudah menemui beberapa petunjuk dan hipotesis mengenainya.

Salah seorang saintis untuk kajian ini, Dr Mukta Chakraborty dari Duke University berpendapat penemuan ini membuka lebih banyak peluang untuk memahami bagaimana burung ini mampu memproses informasi yang diterima dan apakah mekanisma yang membolehkannya meniru bunyi ucapan manusia. 

Kredit:

  1. The Telegraph
  2. Dummies

tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)