Oleh pada 23 Mar 2018 kategori

Tiga tahun lalu, dua gambar saya dalam keadaan memalukan tersebar di internet. Gambar-gambar itu diambil di bilik air saya, beberapa bulan sebelum itu. Satu memaparkan perut dan dada tanpa lapik, lagi satu keseluruhan tubuh saya dalam tanpa berpakaian, dengan wajah saya tersenyum - hanya untuk tatapan teman lelaki saya yang duduk jauh, dihantar melalui Facebook.

Semasa remaja, amat biasa kedengaran kisah gadis remaja terjumpa gambar mereka sendiri dalam laman web pornografi mahupun dalam simpanan remaja lelaki lain. Namun, saya tak pernah membayangkan perkara itu berlaku pada saya.

Hubungan kami semakin lama semakin rapat, mula membuatkan saya ada keinginan untuk menghantar kepada teman lelaki saya gambar seksi saya. Selepas bersiap, berdandan serta memastikan sudut terbaik mengambil gambar, saya akhirnya menekan butang 'hantar', sesuatu yang saya kesalkan - kerana dengan tindakan itu, saya melepaskan semua kawalan dan maruah saya ke atas sesuatu yang sangat peribadi - tubuh badan saya.

Kemanusiaan yang hilang

Amat sukar untuk menggambarkan perasaan saya mengetahui pelajar-pelajar lelaki di sekolah lama saya memiliki gambar saya sendiri. Malu, rasa hina, membuatkan saya tidak hidup seperti biasa selepas tahu gambar saya tersebar. Teman lelaki saya bermati-matian mempertahankan dirinya bukan penyebab tersebar gambar tersebut.

Masalah yang paling besar, perkara itu bukan melibatkan saya seorang. Saya sudah menamatkan pengajian di sekolah 2 tahun sebelum itu, tetapi adik saya yang terpaksa berhadapan dengan kawan-kawan lelakinya, yang secara terbuka menyebarkan gambar kakak kandungnya sendiri di antara mereka. Kami komuniti kecil, saling mengenali antara satu sama lain, jadi sekolah kami merupakan satu lokasi penting dalam masyarakat kami.

Hampir separuh remaja di UK mengetahui rakan mereka ada berkongsi gambar dalam keadaan memalukan dengan orang lain yang dikenali. Empat daripada sepuluh tahu kewujudan kumpulan-kumpulan dalam media sosial tentang perkongsian gambar tak senonoh. Kisah membuli secara maya, memalukan tubuh badan orang serta kes bunuh diri melibatkan remaja juga kerap dilaporkan. Bagaimanapun, untuk setiap kisah ini di sebaliknya, kita perlu ingat ada seorang remaja wanita yang terpaksa meneruskan hidup. selepas mengharungi apa yang telah berlaku.

Tradisi remaja ketagihan gambar lucah

edison chen skandal colud

Beberapa bulan berikutnya selepas tersebarnya gambar saya, keadaan saya menjadi lebih teruk. Saya dimarahi rakan kerana saya yang berani mengambil gambar itu. Pulang ke rumah semasa cuti, saya mengelakkan diri daripada bergaul dengan orang ramai. Semasa majlis graduasi adik saya tahun lepas, saya paksakan diri hadir. Sepanjang majlis kepala saya hanya berfikir - dia ni ada tak tengok gambar saya itu?

Melihat gambar itu saja sebenarnya adalah sebuah gangguan seksual, namun oleh kerana gangguan seksual secara maya sudah jadi satu tabiat semulajadi zaman digital ini, pasti tak ramai yang rasa salah melihat sesuatu yang pemilik asalnya tak mahu orang lain tonton. Ramai remaja lelaki sebaya kami, sama generasi kami, tidak ada rasa bersalah melihat gambar bogel orang lain, kerana kewujudan internet.

Beberapa bulan selepas tersebarnya gambar, saya menghabiskan masa setiap malam mencari punca sebenar gambar saya tersebar. Pencarian saya berakhir selepas saya diberitahu seorang pelajar lelaki lain, gambar saya hanyalah salah satu daripada 40 keping gambar pelajar lain yang sama-sama bersekolah di situ. Dimuatkan ke dalam satu kumpulan sama yang dikumpulkan tahun demi tahun. Ada yang hanya memakai pakaian dalam, ada yang tidak berpakaian seurat benang pun, seperti saya.

Kesedaran kaum wanita

Wanita perlu bekerjasama memastikan kesedaran terhadap gangguan seksual secara maya tetap dipandang berat, sama seperti gangguan seksual secara fizikal. Dengan kemajuan teknologi yang pesar, agak menakutkan apabila kita mendapat tahu sudah ada teknologi yang dibangunkan untuk menggantikan wajah pelakon porno dengan wajah sesiapa saja yang dikehendaki. Ini menunjukkan situasi gangguan seksual kini berada pada tahap cukup membimbangkan.

Saya sudah dapat menerima apa yang berlaku pada saya dan yang paling penting, sudah pun berhenti menyalahkan diri sendiri. Walaupun begitu, rasa gusar dengan nasib gambar saya yang masih berlegar selepas tiga tahun itu tetap mendatangkan rasa gementar. Apa pun yang berlaku, itu sesuatu yang saya perlu terima telah berlaku dan saya akan meneruskan hidup, untuk mengingatkan wanita lain agar tidak lagi melakukan kesilapan yang pernah saya lakukan.


Artikel ini adalah terjemahan artikel asal 'What I learned when naked pictures of me were leaked online' tulisan Sophia Ankel, seorang pelajar jurusan penerbitan yang telah memenangi Hugo Young Award bagi tahun 2018.




Hakcipta iluminasi.com (2017)