Pasti anda pernah lihat atau dengar mesin yang dikenali sebagai pengesan penipuan yang digunakan untuk melakukan ujian poligraf, melalui mana-mana filem di TV.

Biasanya alat ini digunakan dalam penyiasatan oleh pihak polis bagi mengenalpasti sama ada orang yang disiasat bercakap benar atau tidak.

bagaimana alat pengesan bohong ujian poligraf 5

BESARKAN TEKS     A-  A+

Malah, alat ini juga digunakan ketika seseorang itu memohon kerja yang mewajibkan mereka untuk menjalani ujian poligraf. 

Bagaimana ia berfungsi?

mesin poligraf pengesan penipuan dan pembohongan 518

Ketika seseorang itu mengambil ujian poligraf, 4 hingga 6 sensor dipasangkan kepada pada bahagian badannya. Poli bermaksud "beberapa" mewakili beberapa isyarat daripada sensor-sensor ini yang akan direkodkan pada sehelai kertas (graf) yang bergerak.

Sensor-sensor tersebut biasanya merekodkan:

  1. Kadar degupan jantung
  2. Denyutan nadi
  3. Tekanan darah
  4. Perpeluhan

Ujian poligraf juga biasanya merekodkan pergerakan anggota badan lain seperti tangan dan kaki.

Apabila ujian ini bermula, pihak penanya akan bertanyakan 3 atau 4 soalan mudah bagi mewujudkan norma pada isyarat orang yang ditanya. Jenis soalan yang ditanya adalah soalan yang tidak berkepentingan untuk dibohong seperti nama, umur dan asal.

bagaimana alat pengesan bohong ujian poligraf 3

Setelah isyarat peserta sudah normal, soalan yang benar-benar diuji oleh ujian ini akan ditanyakan. Sepanjang sesi soal jawab, setiap isyarat daripada peserta akan direkod pada kertas graf tersebut.

Ketika dan selepas ujian tersebut, penyemak poligraf boleh melihat pada graf dan menyemak sama ada tanda-tanda penting berubah dengan ketara pada mana-mana soalan.

Biasanya, jika terdapat perubahan ketara seperti kadar degupan jantung yang lebih laju, peningkatan tekanan darah dan berpeluh, ia menunjukkan individu tersebut tidak bercakap benar.

bagaimana alat pengesan bohong ujian poligraf 2

Walaupun ujian ini tidak lah 100% tepat namun ia mempunyai tahap ketepatan yang agak tinggi. Pemeriksa yang terlatih dan berpengalaman mampu mengesan pembohongan dengan ketepatan yang tinggi. 

Bukti daripada alat ini biasanya tidak diterima di mahkamah jenayah di Amerika Syarikat dan sebahagian besar mahkamah di Eropah.

Namun, dilaporkan bahawa pegawai akhlak di United Kingdom menggunakan ujian poligraf untuk memantau pesalah jenayah seksual yang serius.

bagaimana alat pengesan bohong ujian poligraf 6

Jika seseorang itu takut, marah atau terkejut, ia mampu mempengaruhi keputusan ujian ini. Sepanjang kewujudan alat ini, ramai pihak telah mengetahui cara untuk menipu sistem ini dengan mengambil ubat penenang, atau menggunakan deodoran.

Rujukan :

1. The Sun

2. Psychology Today

3. HSW




Hakcipta iluminasi.com (2017)