Jerebu yang melanda negara kita pada ketika ini tersangat membimbangkan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, jerebu telah membuatkan seluruh negara kucar-kacir dan menggugat keharmonian antara 2 buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Namun, sejauh mana kita faham tentang jerebu ini? Apa sebenarnya yang terkandung dalam udara berjerebu ini sehingga ia mampu meragut nyawa?

BESARKAN TEKS     A-  A+

sekolah ditutup akibat jerebu teruk

Seperti yang ramai tahu, udara yang wujud pada hari ini sebenarnya mengandungi bahan pencemar dan kita menghidunya dalam jumlah yang sangat kecil ketika mana udara agak bersih (API bawah 50). 

Namun, peratusan bahan pencemar ini adalah lebih tinggi ketika berlakunya jerebu.

Habuk halus (PM) menjejaskan lebih ramai orang berbanding bahan pencemar yang lain. PM10 dan ke bawah adalah lebih teruk.

Komponen utama PM ialah sulfat, nitrat, ammonia, natrium klorida, karbon, habuk mineral dan air.

Pendedahan kronik kepada zarah-zarah ini menyumbang kepada risiko mengembangkan penyakit kardiovaskular dan pernafasan, serta kanser paru-paru.

1. Sulfur dioksida (SO2)

sulfur dioksida dalam jerebu

Sulfur dioksida adalah bahan pencemar yang membuatkan jerebu berbau yang menusuk hidung dan ia dihasilkan daripada pembakaran hutan gambut.

Sulfur dioksida boleh menjejaskan sistem pernafasan dan fungsi paru-paru serta menyebabkan kerengsaan mata.

Keradangan saluran pernafasan menyebabkan batuk, rembesan lendir, asma yang memburuk dan bronkitis kronik serta menjadikan orang lebih cenderung kepada jangkitan saluran pernafasan.

Apabila tahap SO2 dalam udara adalah lebih tinggi, jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat penyakit jantung dan kematian semakin meningkat. 

2. Karbon monoksida (CO)

jerebu di malaysia semakin parah 2

Karbon monoksida adalah sejenis gas terhasil akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap.

Gas ini menghalang pengambilan oksigen oleh darah yang mana dapat mengakibatkan pengurangan yang sangat tinggi dalam penyediaan oksigen ke jantung, terutama bagi orang yang menderita penyakit jantung.

3. Nitrogen dioksida (NO2)

nitrogen dioksida dalam jerebu

Nitrogen dioksida adalah gas berwarna merah-jingga-coklat dengan bau yang menjengkelkan, menusuk hidung dan beracun. 

Di bawah sinaran matahari, nitrogen dioksida boleh menyebabkan pembentukan ozon, asid nitrik dan zarah yang mengandungi nitrat.

4. Ozon (O3)

ozon o3 dalam jerebu

Jangan keliru dengan lapisan ozon di atmosfera atas, kerana O3 adalah ozon di paras tanah. Ia merupakan salah satu unsur utama dari asap fotokimia.

Ozon yang berlebihan dalam udara boleh memberi kesan yang ketara pada kesihatan manusia.

Ia boleh menyebabkan masalah pernafasan, mencetuskan serangan asma, mengurangkan fungsi paru-paru dan menyebabkan penyakit paru-paru.

Bahan pencemar lain yang terkandung dalam jerebu termasuklah karbon dioksida (CO2) dan juga wap air dari pembakaran.

Langkah berjaga-jaga ketika jerebu

jerebu malaysia semakin teruk

Jika API mencecah 100 iaitu sesuatu yang sangat tidak sihat, mereka yang menghidap angin ahmar dan masalah jantung atau paru-paru yang kronik dinasihatkan supaya mengelakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti luar.

Jika API melebihi 200, warga emas, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengelakkan daripada keluar rumah dan tingkap rumah perlu sentiasa ditutup. Jika ingin keluar, dinasihatkan untuk memakai topeng muka.

Sebaik sahaja API melepasi 300, keadaan adalah sangat berbahaya dan orang sihat sekalipun dinasihatkan untuk tidak terlibat dalam aktiviti luar dan memakai topeng N95 ketika keluar.

pemakaian topen n95 ketika jerebu

Namun disebabkan oleh penggunaan topeng N95 membuatkan pernafasan terhad dan boleh menyebabkan ketidakselesaan, maka kanak-kanak tidak boleh memakai topeng ini.

Dan akhir sekali, anda perlu minum air dengan banyak, rehat dengan cukup dan makan makanan yang berkhasiat kerana badan anda akan bekerja lebih keras untuk membuang toksin yang anda hidu.


Artikel ini adalah terjemahan dan olahan semula artikel What is in the Haze We’re Breathing yang diterbitkan oleh Loyar Burok.




Hakcipta iluminasi.com (2017)