Sekiranya anda pernah menaiki kapal terbang dan merentasi benua dengan zon waktu yang berbeza, anda mesti pernah berasa amat teruk apabila tiba di destinasi. Anda cepat jengkel, berasa letih, mengantuk dan keliru.

Itulah tanda-tanda gangguan ritma harian (jet lag) atau dalam bahasa perubatan dipanggil desynchronosis.

Akibatnya, perjalanan pun boleh terganggu disebabkan jet lag ini terutama sekali apabila anda pertama kali mengalaminya dan tidak tahu tips serta cara terbaik untuk atasi masalah ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kenapa jet lag terjadi?

Mula-mula, anda kena fahami yang tubuh anda dikawal oleh ritma sirkadian dalaman atau jam biologi, seperti yang dijelaskan oleh Discovery News. Tubuh menghasilkan pelepasan protein, gula dan hormon dalam keadaan tetap dan terkawal mengikut arahan yang diberikan ritma sirkadian ini. Disebabkan itulah anda tidur pada waktu malam dan bangun pada waktu pagi.

apa itu jet lag gangguan ritma harian dan cara mengatasinya 5

Namun, apabila ritma sirkadian anda terganggu, ia meletakkan tubuh dalam satu lingkaran yang akan memberi kesan kepada tabiat pemakanan, proses pembuangan air dan corak tidur anda. Simptom yang mungkin dialami termasuklah sakit kepala, pening, keletihan, lekas marah, tekanan, gangguan tumpuan dan kekeliruan.

Apakah yang memacu ritma sirkadian anda? Cahaya matahari dan melatonin, iaitu hormon yang bertanggungjawab dalam kitaran tidur dan jaga anda supaya segerak. Cahaya matahari akan menyebabkan nukleus suprachiasmatic dalam otak mengurangkan penghasilan melatonin. Apabila anda mendapat kurang cahaya matahari, ia akan lebih banyak menghasilkan hormon ini.

apa itu jet lag gangguan ritma harian dan cara mengatasinya

Lebih jauh anda pergi, tubuh anda akan menjadi lebih tidak selaras dengan kitaran malam dan siang yang biasa dilalui. Jadi, bila cahaya matahari mula masuk ke dalam retina pada masa yang salah, proses tubuh mula menjadi kucar-kacir dan anda pun mengalami jet lag.

Cara mengatasi jet lag

Menukar satu gen penderiaan cahaya mungkin menyembuhkan jet lag, penyelidik dari sebuah kajian di eLife dijumpai. Tikus dengan gen Lhx1 pulih lebih cepat dari jet lag lapan jam daripada tikus yang mempunyai gen, penyelidik mendapati. Tweaking bahawa gen mungkin suatu hari dapat mengurangkan kesan jet lag. Kekurangannya, bagaimanapun, adalah gangguan pada neuron tikus dan komunikasi sel.

apa itu jet lag gangguan ritma harian dan cara mengatasinya 2

Menurut penyelidik dari eLife, penukaran satu gen deriaan cahaya mungkin boleh mengubati gangguan ritma harian. Hasil eksperimen yang dijalankan mendapati tikus makmal dengan gen Lhx1 pulih lebih cepat daripada jet lag selama lapan jam berbanding tikus makmal lain. Manipulasi ke atas gen ini mungkin boleh mengurangkan kesan jet lag ke atas manusia satu hari nanti. Walau bagaimanapun, kajian itu mendapati terdapat kesan sampingan ke atas sel komunikasi dan neuron tikus makmal terbabit.

Kajian lain pula menyarankan pengambilan melatonin dan makanan yang kaya dengan insulin untuk menghilangkan rasa lembap yang berpunca daripada jet lag. Ini mungkin cara yang lebih praktikal berbanding kaedah ekstrem untuk mengubah genetik.

apa itu jet lag gangguan ritma harian dan cara mengatasinya 3

Insulin boleh membantu jam biologi perut menjadi selaras dengan waktu makan. Memakan makanan yang meningkatkan insulin seperti karbohidrat boleh membantu jam biologi memasuki peringkat tidur manakala snek ringan yang kaya dengan protein boleh membantu tubuh untuk berjaga lebih lama.

Selain itu, berikut saranan yang dikeluarkan oleh NASA dan Yayasan Tidur Kebangsaan Amerika Syarikat untuk mengatasi gangguan ritma harian dan menyelaraskan kembali jam dalaman anda:

  • Masuk tidur pada waktu normal tempatan seperti jam 10 malam dan bangun pada jam yang normal, juga mengikut waktu tempatan. Ini membolehkan tubuh anda menyesuaikan diri dengan zon waktu di tempat baru.
  • Padam atau malapkan lampu sebelum tidur. Gunakan lampu bercahaya terang pada waktu pagi.
  • Jangan terperap di dalam bilik. Dedahkan diri anda kepada cahaya matahari kerana ini adalah cara paling pantas untuk membetulkan semula jam biologi anda.
  • Pastikan anda tidak terlebih tidur. Gunakan jam loceng.
  • Elakkan pengambilan kafein dan alkohol kerana ia hanya akan lebih menyukarkan kitaran tidur anda.

Sekarang anda dah boleh melancong dan mengembara satu dunia seperti seorang pro!

Rujukan:

1. Discovery News

2. eLife Sciences

3. Telegraph UK




Hakcipta iluminasi.com (2017)