Oleh pada 18 Oct 2017 kategori

air terjun tempat beriadah dan bermandi manda

Air terjun adalah salah satu tempat tarikan pelancong yang paling popular di dunia. Tak kisahlah sama anda kanak-kanak, remaja, malah orang dewasa sekalipun, semuanya amat menyukai air terjun. 

Selain dapat bermandi manda, ia menjadi tempat bergambar yang sangat menarik. Di Malaysia, air terjun tertinggi terletak di Hutan Lipur Chemerong, Terengganu dengan ketinggian 305 meter, yang juga merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara.

iluminasi.com ingin berkongsi 7 air terjun paling tinggi di dunia.

7. Balåifossen, Norway

air terjun bal ifossen ketujuh paling tinggi di dunia

Balaifossen adalah air terjun ke-7 tertinggi di dunia, dan ke-2 tertinggi di Eropah. Terletak di Hordaland Norway, air terjun ini mempunyai ketinggian 850 meter, iaitu hampir 2 kali ganda ketinggian Menara Berkembar KLCC.

6. Vinnufossen, Norway

air terjun vinnufossen keenam paling tinggi di dunia

Juga terletak di Norway iaitu di perkampungan Sunndalsøra, daerah Møre og Romsdal, Vinnufossen merupakan air terjun paling tinggi di Norway dan Eropah, serta berada di kedudukan ke-6 di dunia.

Air terjun yang berketinggian 860 meter ini adalah sebahagian daripada Sungai Vinnu yang mengalir dari Gunung Vinnufjellet dan berasal dari glasier Vinnufonna. Air terjun adalah sebahagian dari sungai Vinnu yang mengalir dari gunung Vinnufjellet dan ia diberi makan dari glasier Vinnufonna.

5. Catarata Yumbilla, Peru

catarata gocta air terjun kelima tertinggi di duniaa 831

Terletak di wilayah Amazonas iaitu di Peru, Catarata Yumbilla adalah air terjun ke-3 tertinggi di Amerika, dan ke-5 tertinggi di dunia. Ia berketinggian 896 meter, 66 meter lebih tinggi daripada bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa.

Walaupun ia sangat menakjubkan kerana ketinggiannya, namun jumlah air yang mengalir jatuh ke bawah tidaklah begitu besar.

4. Olo’upena, Hawaii

olo upena air terjun keempat tertinggi di dunia

Dengan ketinggian 900 meter, air terjun Olo'upena yang terletak di timur laut Pantai Molokai di Hawaii adalah air terjun ke-4 tertinggi di dunia.

Air terjun ini terbentuk dalam aliran pendek dan bermusim. Ia mengalir dan jatuh di pinggir salah satu tebing tertinggi di dunia, di antara Lembah Pelekunu dan Lembah Wailau.

3. Tres Hermanas, Peru

air terjun tres hermanas ketiga tertinggi di dunia

Walaupun tanpa saliran yang besar, air terjun Tres Hermanas adalah air terjun ke-3 tertinggi di dunia. Ia terletak di Taman Negara Otishi di wilayah Junin, Peru dengan ketinggian 914 meter.

Ia merupakan air terjun bertingkat, dengan 3 bahagian dan dikelilingi oleh hutan gunung.

2. Tugela, Afrika Selatan

air terjun tugela kedua tertinggi di dunia

Di kedudukan ke-2 air terjun tertinggi di dunia adalah air terjun Tugela yang terletak di Drakensberg (Gunung Naga) di Taman Negara Royal Natal, Afrika Selatan. Ia mudah untuk dilihat selepas hujan lebat daripada jalan besar hinggalah ke dalam taman. 

1. Angel, Venezuela

air terjun angel di venezuela adalah yang tertinggi di dunia

Dan air terjun paling tinggi di dunia, jatuh kepada Air Terjun Angel yang terletak di bumi Amerika Selatan, Venezuela. Ia juga adalah air terjun paling tinggi dunia yang tak pernah diganggu oleh manusia.

Air terjun dengan ketinggian 979 meter ini mengalir jatuh ke tebing Gunung Auyantepui di Taman Negara Canaima di negeri Bolivar.


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)