Oleh pada 25 Apr 2018 kategori

Artikel sebelum ini ada membincangkan tentang kesan yang bakal berlaku sekiranya atmosfera bumi tiba-tiba dipenuhi 100% oksigen. Kali ini, penulis membuat sedikit 'twist' dengan menulis artikel tentang kesan kehilangan oksigen untuk tempoh yang singkat.

1. Langit Ketika Siang Akan Menjadi Gelap

Ketiadaan oksigen bermaksud jumlah zarah di udara berkurangan, menyebabkan cahaya matahari tidak dapat memantul dan akibatnya, langit akan kelihatan gelap, hampir hitam sebenarnya. Secara asasnya, cahaya tetap sampai ke permukaan bumi, namun ianya kelihatan seolah-olah dipancarkan daripada satu sumber, berbanding apa yang kita biasa lihat di mana sinaran matahari akan tersebar dari seluruh arah. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

2. Kerak Bumi Akan Runtuh

kerak bumi

Kerak bumi bukan pejal semata-mata, ianya turut terkandung 45% komponen oksigen di dalamnya. Jadi, tanpa sebahagian besar kandungannya, kerak bumi akan kehilangan struktur yang selama ini menjadi sokongannya. Tanpa oksigen, kerak bumi akan runtuh dan kita akan jatuh ke dalam lapisan mantel bumi yang amat panas. 

3. Kulit Manusia Akan Menjadi Terbakar (Sunburn)

kulit sunburn tanpa oksigen

Ozon adalah sejenis gas yang melindungi kehidupan di bumi daripada sinaran UV matahari yang berbahaya daripada memasuki lapisan troposfera. Ozon ini membentuk sebuah lapisan yang menapis sinaran UV. Gas ozon terdiri daripada molekul oksigen semata-mata (ozon = O3). Tanpa oksigen, tiadalah gas dan lapisan ozon, maka kehidupan di bumi ibarat hidup di dalam pembakar roti, panas yang amat.

4. Bahagian Telinga Manusia Akan Meletup

telinga manusia akan meletup

Manusia akan kehilangan kira-kira 21% tekanan udara serta merta, kesannya ibarat kita melompat daripada gunung yang 2000 m tingginya, lebih kurang separuh daripada ketinggian Gunung Kinabalu. Abaikan kesan fizikal kepada badan dan fokuskan hanya kepada telinga. Sekiranya ini berlaku, manusia akan mengalami barotrauma. 

Barotrauma adalah kecederaan yang berlaku kepada dalaman telinga apabila berlaku perubahan tekanan udara secara ketara. Contohnya, ia berlaku ketika aktiviti menyelam laut dalam, atau ketika menaiki kapal terbang, kita rasakan seolah-olah terlinga kita tersumbat. Tanpa oksigen, kita akan mengalami barotrauma, namun pada skala yang berlipat ganda lebih besar. Kemungkinan besar manusia akan kehilangan deria pendengaran.

5. Air Tasik, Sungai dan Laut Akan Tersejat

apa akan terjadi sekiranya oksigen hilang selama 5 saat dari bumi

Air terdiri daripada 2 komponen, iaitu 2 bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen (1/3). Tanpa 33% oksigen, air hanya akan wujud sebagai gas hidrogen. Gas hidrogen, yang merupakan gas paling ringan antara semua elemen kimia, akan naik ke lapisan atas troposfera dan akhirnya keluar ke angkasa. Tanpa oksigen walaupun hanya selama 5 saat, Bumi berpotensi berubah menjadi sebuah planet yang hanya terdiri daripada padang pasir yang gersang. 

6. Kenderaan Dengan Enjin Pembakaran Dalaman Akan Berhenti Berfungsi

lebuh raya lintang pukang

Semua kereta yang menggunakan bahan bakar yang bergantung kepada enjin pembakaran dalaman akan berhenti serta merta, kerana ketiadaan oksigen bermakna proses pembakaran akan menjadi mustahil. Kita juga akan dapat lihat kapal terbang, helikopter dan kapal angkasa jatuh daripada langit atas sebab yang sama. 

7. Logam Akan Melekat (Terkimpal) Sekiranya Diletakkan Bersentuhan

logam melekat tanpa oksigen

Sebab utama mengapa bahan logam tidak melekat apabila bersentuhan adalah kerana ianya mempunyai suatu lapisan oksida. Dalam keadaan vakuum, bahan logam akan terkimpal tanpa fasa cecair perantaraan. Prinsip yang sama digunakan bagi tujuan kimpalan sejuk (cold welding). 

Dalam proses ini, bahan logam diletakkan di dalam vakuum tanpa kehadiran oksigen bagi memudahkan kimpalan logam untuk berlaku. Tanpa oksigen, bahan logam yang diletakkan bersentuhan akan terkimpal secara semula jadi.

8. Setiap Struktur Konkrit Akan Runtuh

konkrit runtuh tanpa oksigen

Oksigen memainkan peranan yang sangat penting sebagai 'pengikat' dalam struktur konkrit, dan tanpa elemen ini, sebatian konkrit akan kehilangan ketegaran dan kekukuhan. Bangunan konkrit akan runtuh serta merta tanpa oksigen walaupun hanya dalam 5 masa saat. 

Kesimpulan

Oksigen memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia, haiwan, pokok dan segala yang ada di dalam bumi. Oksigen bukan sahaja diperlukan untuk proses pernafasan, namun ianya turut diperlukan untuk pelbagai sebab lain. Tuhan telah menciptakan segalanya pasti bersebab. 

Rujukan & Bacaan Tambahan:

  1. slate.com
  2. scienceabc.com
  3. independent.co.uk



Hakcipta iluminasi.com (2017)